Sunday, February 27, 2011

Apa akan jadi jika Anwar kembali ke UMNO?


'Andaikatanya sebelum pilihanraya umum ini nanti, Dato Seri Anwar Ibrahim kembali masuk ke UMNO, agak-agaknya bagaimana rupa landskap baru politik negara dan kedudukan PM sekarang?

Adakah jentera yang ada sekarang seperti Ezam Mohd Nor, Dato Saifudin Abdullah, Dato Dr Zambery Abdul Kadir, Dato Dr Zahid Hamidi, Dato Shahlan Ismail, Dato Ahmad Maslan, Dato Dr Fuad Zarkashi, Dato Suhaimi Ibrahim, dan lain-lain yang pernah menjadi sebahagian dari rangkaian Anwar akan masih tetap setia kepada Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atau Anwar?

Berikan respons anda. Tiada halangan.

49 comments:

Anonymous said...

one thing for sure... all of them will abandon them

Anonymous said...

Wow, sesuatu yang harus di-pikirkan. Tapi kenapa,? tiba-tiba soalan seperti ini di-ajukan sedangkan boleh di-katakan UMNO dan Najib berada dalam keadaan selesa.

Kalau pun yang akan menjadi pencabar Najib dari kalangan teman-teman Anwar yang ada dalam UMNO ia lah Datuk Zambery Abdul Kadir yang pada perkiraan saya, beliau ada potensi menjadi PM.

Selanjutnya, awak fikir-fikirkan lah dan carilah jawapan nya.

Ada apa-apa ke ?

Anonymous said...

Mengampu balik dan jadi lallang le, jawapannya.
Bukan susah nak faham orang-orang politik ni termasuk tuan punya blog ni.

q0l0p said...

Dato Shahlan Ismail, Dato Ahmad Maslan dah berjaya membawa masuk Raja Arif penyokong DSAI tegar jadi KP BTN.. Good Luck Najib!

*p/s - ada pegawai BTN tgh siap sedia untuk menerima tsunami sebab dulu dia penah nak 'turn over' anak perempuan Raja Arif ini dalam kursus kerana anak gadis ini mempertahankan Wan Azizah dan Anwar.

borhan said...

Dalam politik tidak ada kesetiaan yang ada hanyalah kepentingan.Kesetiaan berdasarkan kepentingan.Kepentingan berlandasan fulus. Fulus hanya didapati bila ada kekuasaan.
orang Melayu sewajarnya menjadi lebih matang jika mahu terus meneraju negara ini.Pejuangan haruslah berlandasankan nilai-nilai murni jika kesenimambungan kuasa mahu diteruskan. Hanya yang berkualiti sahaja sepatutnya dipilih meneraju kepimpinan.Bukannya orang yang yang tamakkan kuasa untuk menjadi perdana menteri dengan apa cara sekalipun. Atau orang berasa dia mewarisi kepimpinan negara kerana bapak dan datuknya pernah jadi pemimpin.orang melayu harus keluar dari kepompong pemikiran feudal dan mendewa-dewakan pemimpin. Sama ada pembangkang atau pemerintah.

Anonymous said...

kalau peliwat masuk balik umno aku lancar perang gerila.

Anonymous said...

setelah begitu banyak isu dan sikap anwar terdedah anwar tidak akan dapat sokongan mereka lagi.

contoh nye, semua percaya anwar meliwat hanye tidak mahu merperkatakan nye, lebih selesa makhamah menghukum nye.

soalan ini tidak lagi relevan sebenar nye.

The Eugenist said...

Bagaimana pula perkara sebegini boleh dibangkitkan? Yang paling utama ialah apakah "The Grand Oldman" of UMNO akan membenarkan perkara itu berlaku?

Sampah yang diperbuat daripada bahan yang tidak berkualiti, sudah busuk dan berbau, jika dibuang, biarlah ia berlalu di dalam tempat pembuangan sampah..

HESMEL FAZNEE FAISAL

pok nik said...

Humm..Yang pastinya Karpal Singah akan tersedar dari "Lamunan Terhenti" dan membuat pc bahawa beliau baru ingat memang ada bukti yang DS Ibrahim meliwat...

Anonymous said...

masuk sg buluh dulu. lepas tu buka cawangan umno sg. buluh. application hantar ke MT, kene KIV 20thn lagi baru lulus.

Anonymous said...

Andaian yang menakutkan. Persoalan yang penting ialah apakah majoriti ahli UMNO akan menerima, saya kata majoriti sebab ada minoriti dalam UMNO sememangnya menunggu dengan harapan kepulangan ikon mereka.

Anonymous said...

all hail the dear great leader anwar ibrahimmmmm

Anonymous said...

Don't think so!!! In UMNO, we still have some anwaristas and anwar sympathisers. Therefore, I strongly believe that if Anwar re-enters UMNO, there will be some defections to anwar's camp. If Tun M was unsatisfied with anwar's behaviour and line of thoughts, why DS Najib should ever allow anwar returns to UMNO?

Anonymous said...

Mereka pasti berpihak kepada Anwar.Kesian Najib.

yeop said...

D Zahid Hamidi ..... ? ? ?

Anonymous said...

Mereka semua ini adalah ahli politik yang mementingkan kuasa dan wang tanpa etika. Sesiapa yang dapat memberi mereka pulangan yang lumayan akan disokong mereka tanpa memperdulikan nasib rakyat ,mereka ini adalah golongan yang mementingkan diri ,ketika Anwar dipuncak kuasa mereka inilah pengampu Anwar apabila mereka melihat Anwar semaking hilang pengaruh dan semakin tenggelam merekalah orang-orang yang pertama melompat kapal.UMNO akan bertambah baik tanpa beberapa pemimpin tersebut.

Anonymous said...

kalau itu terjadi maka kiamat lah UMNO dan Zaid yg tulin kah..kah..kah

Nujum Putar Alam

Anonymous said...

Anwar masuk balik umno! Habislah menteri bapok KDN.

Anonymous said...

bro,

masa tu senang lah kita nak kenal siapa yang sebenarnya berpolitik demi kepentingan diri dan bukan demi rakyat.

kalau nak cuba, test lah.

Kalau aku tak pangkah perkasa, aku pangkah pas.

bukan susah angat.

Anonymous said...

bro

Anwar memang la mengidam nak masuk semula dan memimpin Umno.

sebab tu lah dia takat jadi de facto leader pkr dan tak pernah register jadi ahli.

dalam ceramahnya, dia cuma mengutuk pemimpin umno dan bukan parti umno.

dia tahu cuma umno saja yang boleh bagi kuasa mutlak kat dia, baik sokongan rakyat mahupun istana.

yang pernah jadi rangkaian anwar dulu, aku tak heran kalau depa boleh buat u-turn, sebab ideologi mereka tetap sama.

Dan anwar akan welcome mereka, sebab anwar suka dan perlu orang macam ini dan juga sebab mereka saling memerlukan sesama mereka.

pengundi masih ada option lain -
Ku Li.

jadi, point sebenar lu punya master adalah nak sound Najib supaya jangan leka dengan bekas orang anwar.

betul tak ?

el-Barokhas said...

Yang pasti yang cun-cun tu akan jadi pilihan Anwar.

Anonymous said...

laungan sumpah beberapa sahabat dalam (satu ketika dulu) Umno yang sekian lama senyap tentu akan kedengaran semula.... Sumpah Cherok Tok'Kun kerana yang bersumpah itu masih hidup.... Masuklah semula wahai Anwar Ibrahim ke dalam Umno.... aku nak tengok jugak apa jadi kat kawan2 kamu yang berjawatan tinggi dlm parti itu.... hehehehehehehehehehe

sejahtera39 said...

tidak akan terjadi!!!

pertama: permohonan annuar direject
kedua : masa tu annuar masih lg di sg buluh baru nak kumpul ahli xsempat nak diluluskan dh MATI yelh masa tu umo dia dh 100tawon ooo..

kalaulh terjadi juga xde masaalah sbb org UMNO tau sapa annuarjubri ni..malulh nak cadangkan annuarjubri jadi ketua cawangan/ajk cawangan bahagian compern xlepas manabolh ketua yg ada sekarangf nk bagi laluan kt annuarjubri lagipon malu lh bahagian iyu bila orang tanya sapa ketua bahagian kau kita dengan bangga jawab annuaraljubri ..pheh malu beb...satu keturunan malu bila org tau kita bertuankn kakimainbontot cerita xhabis setahun dua beb....

Anonymous said...

aiya those pro-anwar will be disappointed coz nurul izzah will be the pm-in-waiting

Anonymous said...

nahhh anwar has burnt his bridges and won't have any impact

his past is catching up on him and its time to reflect in sungei buloh

in the words of karpal, anwar harus bertaubat dlm bamboo river

maae said...

Salam Tuan,

1.Kalau lah dulu Anuar betul-betul jujur seperti apa yang di hati keluar di mulut,di terjemah secara praktikal, melayu tidak akan kalut macam sekarang.

2.Dalam politik jika kita sudah guris hati pengundi, nak jadi hebat semula hanya mimpi di siang hari. Sudah terlalu ramai pemimpin melayu meludah bangsa sendiri dan gagal dalam perjuangan sebenar. Mereka semua gagal dan bukan Melayu benar!

3.Kini ramai sangat melayu takut bergelar Islam, takut nama Melayu dan B.Melayu,tak peka lagi dengan apa-apa terjadi di sekeliling. Malah kalau kawan melayu nya mati di sebelah, si polan melayu akan tetap salahkan kawan melayu nya itu kerana bodoh dan buat kesilapan sendiri!Jauh sekali mempertahankan maruah melayu dan Islam dalam apa jua keadaan.

4.Paling TAKUT untuk bangkit!,bila bangsa lain cop melayu rasis! Malah yang ternyata di ketahui,bangsa tersebut lah yang begitu tebal sikap rasis nya! PERKASA pun di momokkan sebegitu rupa oleh sebahagian bangsa melayu sendiri.

5.Jika Anuar masuk semula UMNO, tiada apa kebaikan yang boleh di lakukan nya kerana dia telah pun "melaknati semangat perjuangan Melayu"

Jadi tugas anda ialah 'menebalkan semula semangat jatidiri melayu yang berkemahiran,berketrampilan, berpendidikan tinggi, berwang dan berharta YANG KENTAL KEIMANAN pada Allah DAN Nabi Muhammad, menghormati ibu-bapa,guru-guru,orang-orang tua, bersikap Tawadduk SERTA menyala JIHAD(nya) pada tempat-tempat(nya) demi Bangsa Melayu,Agama Islam dan Negara tumpah darah Tercinta.

Anonymous said...

Jika dipantau dalam dunia politik semasa di malaysia kita dilihat wujud satu dunia lain yang mungkin rakyat tidak nampak dan rakyat ditipu oleh dakyah politik baik parti bn mahupun pembangkang. Keseimbangan politik sukar utk digambarkan namun najib harus mencari kebenaran siapa lawan dan siapa kawan. Jangan hanya menumpukan kepda menteri kabinet sahaja ketua menteri dan menteri besar perlu dilihat juga.

Anonymous said...

a good hypothesis, i think

saya pernah bincangkan perkara ini dengan rakan baik saya beberapa bulan lepas, sekarang beliau dah arwah.

Kat Malaysia ni hanya ada dua masalah sebenarnya, satu Pak Lah dan satu lagi Anwar Ibrahim. Alhamdulillah, masalah Pak Lah telah diselesaikan tapi masalah Anwar ni masih jauh lagi.

Kita berharap kes sodomi Anwar sangkut dan memaku Anwar terus dari politik negara. Tapi UMNO perlu plan B yang drastik.

Kalau Anwar masuk UMNO, PAS , PKR dan DAP kemungkinan mudah dijinakkan tapi Anwar masuk UMNO memungkinkan UMNO untuk mempergunakan Anwar, tetapi Anwar ni seorang yang licik, berkemungkinan Anwar pulak akan mempergunakan UMNO.

Pandangan peribadi saya, untuk Anwar mempergunakan UMNO adalah 'remote' sekali kerana masa Anwar terlalu suntuk dan aura Anwar tidak lagi bersama beliau.

Anonymous said...

Penyokong peliwat tegar ini dan rangkaian MC-GAY-GAY ada di kedua-dua belah pihak. Cuma saya percaya, sokongan terhadap peliwat tegar ini tak disuarakan secara vokal oleh penyokong2nya yg di sebelah pihak kerajaan. Mereka ini opportunis, menunggu masa dan isyarat anwar saja.

Anonymous said...

Anwar masuk UMNO ke apa ke ..Perjuangan Rakyat tetap diteruskan . "Perjuangan Rakyat" bukan berteraskan pemimpin spt UMNO Barisan Nasional...tetapi ianya perjuangan rakyat memerdekakan minda dan keadilan hasil Negara untuk rakyatnya...bukan untuk segelintir golongan.

Anonymous said...

Anwar masuk UMNO ke apa ke ..Perjuangan Rakyat tetap diteruskan . "Perjuangan Rakyat" bukan berteraskan pemimpin spt UMNO Barisan Nasional...tetapi ianya perjuangan rakyat memerdekakan minda dan keadilan hasil Negara untuk rakyatnya...bukan untuk segelintir golongan.

john brown said...

bro,
anwar sebenarnya begitu teringin nak kembali kepada umno. malah dia pernah menulis surat kepada pak lah sebaik sahaja dibebaskan dari hukuman penjara. memandangkan dia dibebaskan oleh mahkamah, dia meminta supaya pak lah meletakkannya semula sebagai ketua umno bahagian permatang pauh. permohonan anwar telah dibawa ke dalam mesyuarat majlis tertinggi umno dan telah ditolak. bayangkan sekiranya dia diterima semula ke dalam umno! sudah tentu kita dapat melihat 'kaki ampu' yang akan mengiringi 'pak sheikh' ke sana ke mari.
namun begitu, politik itu adalah suatu yang berkemungkinan. daripada lawan menjadi kawan, dan daripada kawan menjadi lawan. tiada apa yang mustahil dalam mana-mana percaturan politik di dunia ini.
kita boleh lihat bagaimana musuh-musuh anwar dulu menjadi rakan karibnya sekarang kerana mereka mempunyai kepentingan bersama untuk menjatuhkan kerajaan bn yang dulunya perikatan yang telah banyak berjasa membangunkan negara ini sehingga ke tahap sekarang.

Anonymous said...

Ini lah politik....dunia yg penuh dgn persoalan? Sukar mencari mana kawan mana lawan...yg menjadi masalah besar...bila bangsa melayu lupa akan adat mengenang budi....

Anonymous said...

No...No....No... Mungkin Perdana Menteri Sungai Buloh... Kot..

Anonymous said...

Apa akan jadi jika Anwar kembali ke Umno?

maka Azmin jadi timbalan presiden, Wan azizah akan jadi presidennya dan anwar jadi de facto leader.

pencacai yang dulu bisa di atur semula.

Masa tu umi halfida mesti cabut lari pergi hong kong.

Anonymous said...

a very happy day for malay unity if Anwar joins back UMNO.

Anonymous said...

Black Swan Theory. Good job.
What ifs is a good way to mitigate & manage your risk especially in politics.

simplified it'll be one hell of a game & will be stupid if UMNO accept the bugger.
Don't bother with the ones that jumped ship cause they're politicians, MORE IMPORTANTLY significant grassroot level will jump ship too.
Pas will be stronger ;)

cheers

Anonymous said...

Bro,

Jahat you. Mula sekali, crony yg kata Zambry ada bakat jadi PM menunjukkan dua perkara i. UMNO sudah tidak ada calon yg berkaliber utk jadi PM. Sehingga Zambry pun dilihat sebagai berpotensi. ii. Ahli UMNO sendiri sudah begitu tidak kaliber sehingga boleh menaruh harapan kpd Zambry, Zahid, Hishamuddin, Ali Rustam ataupun Najib. Masa depan Melayu sekarang malap. Selepas berpuluh tahun baca akhbar kurap, percaya tahyul, berubat dgn dukun, gila jadi Arab, kahwin dua, tiga - Melayu sudah dayus. Tunggu habis minyak saja.

Anwar tidak boleh masuk UMNO. Penyokong dia semua sudah pencen. Sudah tua bangka. Lihatlah calon UMNO di Merlimau dan Kerdau. Darah muda - umur 40an. Umur Anwar 60an. 20 tahun beza. Anwar sudah tertinggal bas.

Najib dan Muhyuddin tidak akan beri Anwar peluang masuk. Kalau Anwar masuk balik UMNO, Muhyuddin yang akan jadi sasaran dulu. Buat apa Muhyuddin nak hara kiri?

Kalau Anwar diberi peluang masuk UMNO, hampir kesemua Blogger UMNO akan berpaling tadah dan akan membedil pemimpin UMNO tanpa henti. Serupa dengan waktu Abdullah Badawi menjadi PM. Apakah Najib, Muhyuddin dan pemimpin UMNO lain begitu bodoh sanggup menghulur tengkok untuk menyelamatkan buntut Anwar? Apakah ganjarannya utk mereka melakukan perbuatan bodoh seperti itu?


Soalan yg lebih relevan adalah : apakah Anwar mahu masuk UMNO? Apakah Anwar masih 'merisik' untuk masuk semula UMNO?

Mengikut peraturan dan bicara di mahkamah, jelas sekali Anwar akan didapati bersalah melakukan liwat dan akan dipenjarakan.

Apakah Anwar boleh buat "deal" sebelum hakim jatuhkan hukuman? "Jangan penjarakan saya, saya janji saya akan 'bertaubat'. OK, saya dan Wan Azizah akan bubarkan PKR dan akan memasuki semula UMNO. Saya akan menjadi ahli biasa UMNO dan tidak akan mencabar sesiapa pun untuk sebarang jawatan. Asalkan saya tidak dipenjarakan. Saya akan main buntut sesiapa saja yang saya suka. Tolong jangan penjarakan saya.'


Saya rasa soalan seperti ini lebih relevan. Akan hancurlah kepercayaan bukan Melayu kpd Anwar dan PKR. Akan terbarailah harapan geng Melayu liberal yang sokong Anwar.

Akan, akan, akan..

Anonymous said...

Dalam politk, tiada yang mustahil. Demi survival, jawatan, harta apapun boleh dirundingkan.
Dalam politik, memang takda seorang pun yang ada prinsip kalau kedudukannya terancam.
Yang bodoh ialah penulis-penulis blog atau kaki-kaki pengampu yang ingat merekalah sebenarnya berkuasa untuk menentukan siapa yang berkuasa atau harap-harap dapat dinampak oleh pemimpin melalui tulisan mereka untuk dapatkan habuan.
Betul, tak?
Tak de lain kerja ke?

Anonymous said...

Anwar dah tak laku dalam UMNO. Tak ada mana parti pun yang nak kecuali PAS atau DAP. Pilih antara satu atau paling baik, pencen je lah.

Anonymous said...

Kalau depa depa ni jadi calon, depa akan melompat kalau depa menang.
Pok jib dan chedet akan terkedu.
Menyesal dahulu pendapatan.
Kalau depa tak kena calon punya depa semua pasti melompat juga.
Jangn pakai calon Trojan horses recycled.
Ampun

Anonymous said...

Kalau depa depa ni jadi calon, depa akan melompat kalau depa menang.
Pok jib dan chedet akan terkedu.
Menyesal dahulu pendapatan.
Kalau depa tak kena calon punya depa semua pasti melompat juga.
Jangn pakai calon Trojan horses recycled.
Ampun

Unknown said...

As'Salam, PERKARA INI MEMANG ADA DALAM STRATEGI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA, SEBAB ITU SAMPAI SEKARANG ANWAR IBRAHIM MASIH BELUM PEGANG APA-APA JAWATAN TERTINGGI DALAM PKR. BILA TIBA MASANYA, DSAI AKAN MASUK UMNO KEMBALI, PADA MASA ITU UMNO+MCA+MIC+PKR+DAP+PAS = 1MALAYSIA !!! INI LAH CITA-CITA DSAI. TAK PERCAYA.....SABARRRRR....

Anonymous said...

Kalau - kalau = what if .... Anwar return to umno? Why should Anwer return to umno? May be Najib enemy fell Anwar still strong can defect Najib!.

Believe me if Anwar return to umno - still he have chance to be a PM... without umno he almost get BN out from political lanscape!... If Anwer in umno can get 10% Votes.. sure he will get back to be a PM.

Umno without $$$ will die ... Anwar without umno still alive.

But the first guy crying and out from umno = TDM !

Anonymous said...

Rakyat jadi bodoh!

Tok Mudim said...

bang,

akan terjadi "wink-wink situation"
he he.

Anonymous said...

Anwar nak masuk UMNO? jilat kaki Mahathir dulu sampai licin. Kalau dah jilat aku pulak akan pangkah selain dacing.

azienmat

Anonymous said...

Mungkin persoalan ini timbul kerana penaja blog ini gagal mendapat tempat di hati DSN.. Kurang percaya dgn kepimpinan yg ada merupakan - mencurigai atau hasad dengki-

Anonymous said...

umno nak reban bukan sebab anwar

My Say