Wednesday, July 07, 2010

SC's intimidation and collusions raised in Parliament


Konsensus Bebas YB Wee Choo Keong of Wangsa Maju have been closely watching the Securities Commission issue in the newspaper and blogs.

In late afternoon today, he raised the SC issue in Parliament. He touched on the intimidation against reporters, and collusions to coverup, abuse of power, selective investigation and prosecution, and lackadaisical attitude towards several high profile cases.

Through a newspaper friend, yours truly managed to secure his full speech and reproduced below:

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada satu siri siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang agak ganas dan keras keatas EMPAT orang ‘business reporter’ (dengan izin) berhubung laporan akhbar berkenaan penjualan saham Kenmark Industrial Co (M) Bhd.
Nampak nyata dalam isu penyiasatan yang di-anggap terlampau ini, Suruhanjaya Sekuriti telah melampaui batas dan menyalahgunakan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 khususnya Seksyen 134 dan cuba menakut dan mengancam wartawan professional daripada menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan. Timbul juga persoalan, kenapa SC bertindak sebagai samseng dan menidakkan hak wartawan-wartawan terbabit.

Tuan Yang Di Pertua,

Dewan Yang Mulia ini harus dimaklumkan bahawa bidang kuasa SC adalah untuk mengatur dan memantau pasaran modal serta menyiasat salahlaku dan penyelewengan syarikat-syarikat awam , tetapi dalam kes Kenmark ini SC di-lihat bertindak sebagai ‘pengganas’.

Wartawan-wartawan yang di-kasari dan di-gertak SC dalam siasatan yang kini di-persoalkan ramai ialah :-

1) Cik B.K. Sidhu, ‘business journalist’ dari akhbar The Star yang di-soal-siasat selama LAPAN jam tanpa henti pada hari Rabu, 23 June 2010. Tindakan SC ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak pernah berlaku Malaysia sebelum ini.

2) Encik Azlan Abu Bakar, dari akhbar Business Times. Beliau di-soal-siasat sehari selepas Cik B.K.Sidhu.

3) Cik Dalila Abu Bakar dan Encik Ishun P. Ahmad, dari akhbar The Malaysian Reserve yang di-soal siasat secara kasar pada hari Isnin 28 June 2010.

Kenyataan wartawan-wartawan terbabit jelas memperlihatkan tindakan ganas pihak penyiasat SC, yang nyata telah mengugut dan menakutkan wartawan professional tempatan dengan hukuman penjara dan denda sehingga RM 5 juta.

Umpamanya Cik Dalila Abu Bakar telah di-arahkan untuk menyerahkan telefon bimbit, SIM kad dan membenarkan ‘body search’ (dengan izin) atau bersedia menghadapi hukuman penjara dan denda berjuta ringgit itu.

Tuan Yang DiPertua,

Tindakan sedemikian oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah jelas bertentangan dan melanggari Hak Asasi Manusia.

Tindakan melampau SC yang sedemikian juga di-alami Cik B.K. Sidhu selepas lebih TIGA jam beliau di-soal siasat.

Mengapa wartwan-wartawan tersebut di-kasari dan di-layan sedemikian rupa? Apa yang mereka lakukan hanya-lah melaporkan kebenarkan berkenaan penjualan saham di-syarikat Kenmark.

Ahli korporat yang bergelumang dalam pelbagai kontroversi sebelum ini termasuk isu KFC Holdings, Datuk Ishak Ismail, tiba-tiba muncul kembali menerusi urusniaga penjualan saham Kenmark dikatakan mendapat keuntungan RM 10.2 juta.

Adalah sedia maklum bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Datuk Ishak Ismail memang bertelagah dan SC juga telah mendapatkan perintah mahkamah terhadap Datuk Ishak baru-baru ini. Tindakan pantas SC berhubung tindakan mahkamah itu harus di-hargai kerana ini akan memberikan mesej yang jelas kepada penyangak korporat yang lain.

Tuan Yang DiPertua,

Tetapi ini tidak bermakna SC boleh bertindak sesuka hati keatas sesiapa sahaja, terutamanya wartawan-wartawan yang hanya melaporkan situasi sebenar akan urusniaga penjualan saham Kenmark.

SC harus menyiasat dan mengambil tindakan keatas pengarah-pengarah syarikat Kenmark dan bukan-nya mengugut dan mengasari wartawan, serta mencabuli Hak Asasi Manusia.

Tindakan SC mengugut wartawan ini adalah amat tidak beretika edan tidak boleh di-terima umum.

Tuan Yang DiPertua,

Saya rasa Dewan Yang Mulia ini harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbetulkan kepincangan ini.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Yang Berbahagia Tan Sri Zainah Anwar harus bertanggungjawab ke-atas siasatan melampau dan tindakan mengugut wartawan.
Adalah jelas bahawa SC di-bawah seliaan Yang Berbahagia Tan Sri Zainah Anwar telah hilang kawalan dan kepercayaan umum, dan berdasarkan isu terbaru ini saya mencadangkan agar Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu-isu SC yang amat kontroversi.

Isu-isu tersebut ialah :-

1. Pengambilalihan syarikat kerajaan Avenue Capital yang bernilai RM800 juta oleh syarikat yang lebih kecil yang bernilai RM200 juta pada pertengahan 2006 dan selesai dengan dalam masa yang singkat.

2. Kes syarikat MyEG Services Bhd, salah sebuah syarikat dalam konsortium syarikat yang merupakan pemberi perkhidmatan (service provider) “online” untuk perkhidmatan kaunter Kerajaan Malaysia, yang dibantu oleh seorang warga Singapura, Ong Soon Kiat yang telah mengaku salah di bawah Seksyen 97 (1) Akta Industri Sekuriti Singapura yang pada tahun 1999 menjadi pemegang saham aktif dan Pegawai Ketua Eksekutif Paxelent Corporation Bhd.

3. Penyenaraian syarikat Tat Sang Berhad dari Johor yang mana mengalami kerugian pada tahun pertama sebagai syarikat tersenarai di Bursa padahal prospectus syarikat yang dikeluarkan sebelum senarai member petunjuk syraikat sebagai syarikat yang untung.

4. Suami Pengerusi SC, Dato Azizan Abdul Rahman terlibat dalam pengstrukturan semula TSH Resources Bhd yang akhirnya memegang saham 67% dalam Ekowood Berhad yang mana Tabung Haji memegang saham sebanyak 7%. Dato Azizan mempunyai hubungan perniagaan dengan Dato Kalimullah yang kemudiannya menerima pelbagai pelepasan dalam pengambilalihan Avenue oleh ECM Libra.

5. Kes melibatkan Datuk Chua Ma Yu yang dikenakan denda untuk dagangan dalaman (insider trading) pada 2009 dan SC tidak mengeluarkan notis tetapi hanya menyenaraikan dalam laman web SC, yang meruapkan sati tindakan yang tidak pernah diamalkan.

6. Penglibatan suami Pengerusi SC, Dato Azizan Abdul Rahman dalam pengstrukturan semula, tawaran saham hak dan tawaran saham istimewa untuk mendapatkan penyenaraian semula TENCO BHD sebagai Nagamas International Bhd menurut Practice Note 17 oleh SC pada September 2007.

7. Menarik status penyenaraian dengan cepat untuk Isyoda Bhd yang ada hubungan dengan projek Hospital Shah Alam dan dipercayai ada hubungan rapat dengan suami Pengerusi SC, Tan Sri Zainah Anwar iaitu Dato Azizan Abdul Rahman.

8. Penyenaraian Lityan Berhad pada awal tahun 2010 apabila SC meluluskan 1 juta saham untuk ditawarkan kepada Datuk Ismee Ismail, Pegawai Eksekutif Kewangan Tabung Haji, dan bukan kepada Tabung Haji sendiri.
Saya dengan ini memohon agar Dewan Yang Mulia ini dibenarkan untuk membahaskan berkenaan SC yang telah lari dari lunas tanggungjawab dan melakukan berikut dalam siasatan secara kasar baru-baru ini:

1. SC telah menyalahgunakan Akta Peseruhanjaya Sekuriti 1993 dengan menginvokasi Seksyen 134

• Di bawah Seksyen 134 (2), sesiapa yang dibawa untuk soaljawab oleh SC adalah dituntut oleh undang2 untuk menjawab semua soalan. Dia tidak boleh menolak untuk tidak menjawab mana-mana soalan walaupun menjawab soalan boleh menyebabkan ia dituduh di bawah mana-mana kesalahan (“tends to incriminate her”).

• Di bawah Seksyen 134 (3), jika seseorang yang diawa untuk soaljawab tidak setuju dengan kenyataan bertulis, Pegawai Penyiasat boleh merekodkan keengganan dan sebab keengganan. Walaupun ini dibenarkan, di bawah Seksyen 134(4), sebarang kenyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah Seksyen ini boleh diguna sebagai bukti dalam prosiding mana-mana mahkamah. Ini langsung menjadikan peruntukan keenganan tersebut sebagai tidak releven.

• Dibawah Seksyen 134(5), jika seseorang enggan menjawab soalan, ia boleh didapati bersalah diatas kesalahan dan jika disabitkan, boleh dihukum dengan denda sehingga satu juta ringgit atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
2. Pihak SC bersikap memilih-milih dalam penyiasatan yang merujuk kepada Kenmark dan Datuk Ishak Ismail.

3. Pihak SC tidak konsisten dan didapati cuai dalam penyiastaan dalam amalan-amalan salahguna kuasa oleh individu atau syarikat tersenarai dalam manipulasi pasaran (“market-rigging.”)

4. Pihak SC tidak efisyen dalam tanggungjawab fidusiari dalam mengawalselia dan memantau hal ehwal dan syarikat tersenarai itu sendiri.

5. Pihak SC menyedari beberapa kes percanggahan kepentingan (“conflict of interests”) tetapi gagal mengambil tindakan selanjut.

6. Pihak SC telah cuai dalam menjaga kepentingan pelabur dari kalangan awam dan ini menyebabkan Bursa Saham Malaysia mengalami kejatuhan reputasi.
Will Zarinah continue with her "elegence silence" to ignore calls upon calls to state her position? Looks likely, this will not stop until she state her position.

2 comments:

Bourne said...

looks like zarinah gonna turn to abdullah for helps as a favor from one blockhead to another .............. maybe the everstrong advisor? ;0

jibam said...

wuhuuuu

Konsensus Bebas can go where even PR chicken out.

My Say