Thursday, July 10, 2008

Perjanjian Pangkor ke II: Politik primitif Melayu Perak

Pandangan Pulau Pangkor pada 2008 (kiri) dan 1897 (kanan)

Pada Jun 11hb, 2008, blog ini mendedahkan mengenai satu perjanjian antara PAS dan DAP, Perjanjian Pangkor ke II bagi "meletakan" ADUN PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak "mewakili" kerajaan DAP.

Pemberian tanah besar-besaran kepada penduduk kambung baru menimbulkan tidak puashati orang Melayu Perak. Kini pengakuan abang Menteri Besar, Mohd Fadzil Jamaluddin berkenaan kewujudan Perjanjian tersebut.

Semalam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) menarik balik pencelahan dalam kes nama Allah oleh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Adakah Dato Ahmad Awang sudah menyesal? Adakah Dato Harussani masih leka mempertahankan Anwar Ibrahim dari membuat Mubahalah? Patutkah kerajaan Perak yang ada dibenarkan kekal selepas Ogos 31hb?

Perjanjian Pangkor ke II Penjajah Baru

Barisan Nasional sebagai pemegang kerusi terbanyak (28 kerusi yang mana 1 bukan Melayu) pada mulanya diberi pilihan pertama untuk menubuhkan kerajaan. Malangnya, jumlah kerusi tidak merupakan jumlah majoriti. Dari maklumat yang sahih, satu usaha telah dilakukan untuk mengajak PAS yang mempunyai 9 kerusi menubuhkan kerajaan campuran tetapi walaupun telah diputarbelitkan, sebenarnya ditentang keras oleh Dato Ahmad Awang.

Maka, pilihan kedua diberikan kepada DAP sebagai pemegang kerusi yang kedua banyak. Kerusi bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat adalah 22 kerusi. Namun demikian, undang negeri Perak tidak membenarkan orang-orang bukan Melayu memegang jawatan Menteri Besar. Setelah perbincangan antara PAS dan DAP, satu perjanjian tercapai bagi PAS memegang jawatan Menteri Besar dan DAP menguasai exco kerajaan negeri.

Perjanjian Pangkor I (1874) merupakan detik permulaan Inggeris mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri Perak yang semasa itu terkaya dengan bijih timah di dunia. Raja dikekalkan sebagai ketua kerajaan tetapi semua hal ehwal pentadbiran dikuasai oleh Inggeris, melainkan yang melibatkan bidang adat dan agama.

Perjanjian Pangkor ke II melihat PAS menjadi "ketua pentadbiran" tetapi kuasa pentadbiran dipegang oleh DAP. Mengikut perjanjian itu, negeri Perak tidak boleh dijadikan "negeri Islam" dan sebarang keputusan MB perlu disahkan dahulu oleh jemaah Exco kerajaan negeri.

Pada prosiding semalam berkenaan kes penggunaan nama "Allah" di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, MAIAMP telah menarik balik permohonannya untuk mendapatkan kebenaran menjadi pencelah dalam kes tersebut. Ini telah menimbulkan pendapat bahawa terdapat campurtangan exco negeri Perak dalam hal ehwal agama.

Jika Inggeris memberi kebebasan kepada orang Melayu mentadbir hel ehwal agama dan adat, "penjajah" dalam Perjanjian Pangkor ke II boleh pula mencampuri. Bolehkah lagi pihak PAS terus menafikan kewujudan Perjanjian Pangkor ke II?

Apakah perasaan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Dato Ahmad Awang yang juga ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua PAS Negeri apabila kepentingan dan hak agama Islam tercabar? Adakah Dato Harussani yang diketahui memujuk ayah Dato Wan Azizah untuk menerima lamaran Anwar dan penyokong gagasan Islam Hadhari sedar dari leka dalam kesungguhan menahan Anwar dari melakukan Mubahalah?

Saham Anwar

Harus diingat bahawa Dato Ahmad Awang adalah antara orang yang kuat mempertahankan kesucian ANwar dalam kes pada tahun 200)an.

Anwar dan Abdullah mempunyai saham dalam kemelut politik yang menyebabkan terurai satu persatu hak dan kepentingan orang Melayu yang terutama sekali hal ehwal dan kedaulatan Islam sebagai ugama Persekutuan.

Baru-baru ini, terdedah kerajaan negeri yang mengaku akan mengamalkan tender terbuka telah memberi projek secara nego. Malah projek itu diberikan kepada syarikat yang berkaitan dengan Pengerusi DAP Perak dan penandatangan Perjanjian tersebut, Nga Kor Ming. Jika penekanan PAS berkenaan Negara Islam masakini dikatakan Dato Haji Hadi bukan kepada istilah tetapi kepada semangat dalam amalan, adakah ini telus?

Abang Menteri Besar, Mohd. Fadzil mendedahkan adiknya tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani Perjanjian Pangkor ke II. Ini berpunca asal dari tindakan pemberian hak tanah kekal 999 tahun kepada penduduk penempatan sementara kampung baru yang dipersoalkan. Pemberian ini melibatkan 60,000 orang yang mana 80% adalah orang Cina. Perkara yang menjadi persoalan adalah pemberiaan ini mempunyai tujuan politik.

Kerajaan negeri Perak dalam keadaan tertekan untuk memberi penjelasan. Adakah DAP menjadi Penasihat "British" Menteri Besar Melayu? DAP tidak ada hak untuk mengawal dan menguasai Menteri Besar. Hingga hari ini, Muhammad Nizar masih lagi terus membisu.


Jangan anggap ini satu kritikan.

Sampai bila kita harus terus kelahi atas perbezaan ideologi hingga diketepikan, bukan sahaja hak dan kepentingan tetapi, hak dan kepentingan strategik demi mengejar kuasa. Segera matangkan amalan politik kita dari sikap berpolitik yang begitu primitif untuk berkuasa tanpa kira "membujur lalu melintang patah."

3 comments:

Anonymous said...

Sebab kepentingan politk, banyak benda yang digadaikan..Boleh kah kita berharap dengan orang2 begini?

Psyclist said...

Thank you for taking my picture of Pangkor 1896. A short reference would have been nice and decent.

Peter
webmaster www.pulau-pangkor.com

A Voice said...

Apologise Peter.

After downloading the pix, I forgot to bookmark your site for referencing.

THank you for the excellent pix.

My Say