Monday, June 23, 2008

Kepimpinan Khalid Dipersoalkan Penggiat PKR

Nora Penggiat Akar Umbi Reformasi Menuntut Penurunan Khalid Ibrahim

Kalau jurublog ini yang tulis, pasti orang PKR akan kata saya berniat jahat untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid.

Walaupun jurublog terangkan sudah mendedahkan ketidak amanahan Khalid dari semasa dia ahli UMNO dan orang besar yang dipercayai kerajaan lagi, pasti mereka akan mencari alasan-alasan alih pandang dan bernahi nahi juga.

Jurublog ini mungkin dianggap mengkritik Khalid kerana anti Brader Anwar Bin Ibrahim. Itu memang benar saya penentang Anwar. Tetapi bukan dari zaman reformasi tetapi dari masa melihat sendiri keangkuhan Anwar di luar negara pada akhir tahun 70an semasa di Universiti.

Jurublog ini ada dituduh cybertrooper UMNO. Aisay, janganlah rendahkan saya sebagai "Cybertrooper". Malah, saya mengkritik keras "Cybertrooper" yang katanya dibayar Azalina kerana cara mereka yang tidak matang, cetek pengetahuan dan murah pendekatan dalam berhujuh.

Pernah jurublog ini mengatakan ada sesuatu yang anih dan pelik disebalik kenyataan Khalid berkenaan pembantunya Yahya Saari, kerana Khalid cuba mengalih pandang kepada isu air. Hari ni jelas ada yang tidak kena.

Apa pula alasan jika Star SMS Alert memberitahu berikut:
23/6 A top aide to Selangor MB Khalid Ibrahim, who is under ACA probe for allegedly 'fixing' cleaning contracts, has been suspended for two months/STAR
Oh ya, Khalid berkata Yahya akan dihantar kursus.

Apa alasan jika yang menulis adalah Nora, penggiat akar umbi gerakan reformasi yang kini menyokong Yahya Saari pula?

Saya paparkan sepenuhnya tanpa tapisan, tulisan Nora, seorang penggiat Reformasi yang kini sudah hilang kepercayaan dengan MB Selangor dari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim:

Sunday, June 22, 2008

Desakan MB Selangor letak jawatan!

Salam semua,

Bermula dengan SMS ini, Nora pada asalnya tidak mahu pergi. Hari ini ada janji dengan anak Nora, Farah untuk pergi membeli belah. Namun setelah selesai membeli belah, ada kelapangan waktu. Nora pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Ini SMS yang Nora terima.

Semua AJK, Ahli AMK, penyokong parti dan aktivis reformasi , sila berkumpul di DIAMOND SQUARE GOMBAK jam 5pm hari ini, kita akan luahkan perasaan pada Yahya Saari, semua bahagian seluruh Selangor sila ambil tindakan/sebarkan segera dan bawa sepanduk.

Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.

Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :

Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang.

Amat berbeza sewaktu kita mula-mula terpanggil untuk reformasi. Anwar Ibrahim dalam laungannya menjemput semua rakyat Malaysia, tidak kira siapa – pemandu teksi dan bas, nelayan dan penoreh getah, petani dan buruh termasuk mereka dari golongan profesional untuk sama-sama memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat. Laungan suara rakyat suara keramat adalah laungan.


Namun hari ini, MB Selangor didakwa mengatakan – orang miskin jangan berjuang. Tidak ke kurang ajar namanya! Namun ini bukan pertama kali Nora dengar MB Selangor ini dikritik. Banyak lagi suara lain seperti “ kalau nak duit pergi jual t-shirt dan topi keadilan dan mereka yang ada wang sahaja ada kuasa. Tuhan saja yang tahu mengenai kenyataan TS Khalid.

Nora tertanya-tanya juga kenapa program ini dianjurkan oleh Yahya Saari, pegawai Khas MB. Rupanya beliau diberitakan di pecat dan sekarang ini dalam tempoh notis. Ohh gitu, bila tersepit, menjerit cari mereka dari kalangan reformasi. Bila waktu MB buat kenyataan yang tidak berhemah, seperti tempat dalam kerajaan Negeri Selangor hanya diberi kepada orang lulusan tinggi-profesional dan sebagainya – tidak pula mereka bangkit menentang dan mungkin kerana waktu itu sedang dilamun berpeluk dan bercium dengan MB ini. Adat mungkin, bila tersepit cari reformis dan pejuang, bila sedang “honey moon” tidak pula ingat kat kita orang.

Sebenarnya Nora bukan kisah sangat dengan perebutan jawatan dan sebagainya. Yang Nora tahu ialah rakyat jangan di hina biar mereka kutip sampah tepi jalan atau duduk di lorong – lorong gelap. Lebih baik pergi membantu dari hanya tahu menghina.

Panjang sikit tulisan Nora kali ini....jangan tidur ya. Nora sebenarnya sedih bila lihat Parti Keadilan Rakyat bertukar jadi Parti Keadilan Korporat Rakyat. Yang penting bagi Nora ialah untuk turut membinasakan golongan hipokrit – senyap dan tidur semasa orang lain sedang berjuang dengan kezaliman dan ketidakadilan, tiba-tiba bila sinar sudah kelihatan mereka bangun sambil menguap menjerit dan mendabik dada – wah aku juga seorang pejuang. Nora tidak suka mereka juga mempergunakan mereka yang di gelar reformis hanya di tolak ke hulu ke hilir untuk agenda peribadi.

Satu lagi – ini perhimpunan bukan ada kena mengena dengan Nora. Nora mengulas dengan ikhlas. Bagi yang hanya melihat di sebelah pihak buka mata besar-besar. Nora tulis dan yang lain patut buat “home work” mereka sendiri. Betul atau tidak keadaan ini berlaku. Kalau betul, perbetulkan semula dan jangan sorokkan kerana ini akan menjadi virus sebagai mana viru yang ada dalam Umno.

Namun suara-suara bantahan sudah mula ada. MB Selangor yang hanya tengok kepada kronis, perlu disedarkan. Kalau perjuangan golongan reformis ini tidak ada, kemenangan yang ada hari ini mungkin merupakan satu ilusi dan angan-angan sahaja.

Kita bergerak sama, kita berjuang sama, kita berkorban sama-sama, kenapa orang yang hanya pegang duit sahaja yang terus memenuhi poket mereka. Mereka tahu ke apa yang berlaku sewaktu tahun-tahun 1998. Mereka ada ke bersama-sama kita. Mana mereka dahulu dan kenapa mereka ada sekarang membelakangi pejuang terdahulu.

Apa pun Nora akan terus menulis mengenai apa yang berlaku. Nora janji perjuangan Nora adalah untuk rakyat – mereka yang tertindas dan Nora tidak akan mengikuti nasihat yang mengatakan bahawa “kalau tidak ada kewangan kukuh jangan berjuang” kerana bagi Nora perjuangan itu adalah untuk mengukuhkan masa depan anak-anak dan generasi kita. Tetapi mereka yang mengambil kesempatan hasil dari apa yang kita perjuangkan – merupakan manusia hipokrit dan manusia seperti ini tidak layak mendapat hormat dari kita.

Salam..mengantuk pula – jam 3 pagi 23 Jun 2008
.

Posted by norazimah mohamad nor at 11:59 AM

Kalau mahu tuduh saya sebagai seorang mencari peluang dan mendalang dari kemelut politik PKR, itu bicara politik yang tiada kesudahan dan terpulang kepada masing-masing. Saya memang yakin PKR bukan perjuangan yang boleh membawa keamanan dan kesejahteraan kepada alif, ba dan ta. Itu hak saya untuk memegang pendirian itu.

Sesuatu yang pasti adalah selepas PRU12, jurublog ini menerima hakikat rakyat sudah membuat pilihan. Jurublog sudah beritahu dan memberi ingatan kepada rakan-rakan di PKR agar tidak mengambil Khalid sebagai Menteri Besar. Malah lama sebelum PRU12, jurublog sudah beri amaran kepada Raja Petra bahawa saya lihat Khalid sebagai "bola tanggung" untuk di smash lipatmuat dengan mudah.

Mustahil mereka tidak menyedari ini. Din Merican sebagai seorang bekas pegawai tinggi dalam Sime Darby tidak boleh menafikan tidak terdengar desas desus tentang urusan Khalid Ibrahim di Guthrie. Dato Salehuddin Hashim yang berseteru dengan Khalid semasa dia memegang jawatan Pengurus Besar MIDF. Kumpulan Realmild yang pro-Anwar - Dato Khalid "Kelly" Ahmad, Mohd Nor Mutallib, dan Dato Nazri - pasti tahu Khalid begitu cemburu dan mengkritik mereka.

Jurublog sengaja menyebut nama-nama mereka untuk memperakui kata-kata Nora bahawa PKR kini dikuasai Korporat. Saya faham kenapa Nora persoal ini semua kerana jurublog ini yang pernah terbabit dengan kerja-kerja korporat boleh kata-kata rata-rata perangai rakus dan penipu orang-orang Korporat memualkan, tidak kira bangsa, agama, parti dan orangnya.

Namun dalam Nora meluahkan suara, jangan pula buat kesilapan dengan berhujah perjuangan itu ada habuan dipenghujungnya. Apa ideologi atau kepartian, baik UMNO atau PKR atau PAS, jalur pemikiran demikian tidak betul.

Berjuang itu pengorbanan dan pengakhirnya tidak boleh diharapkan habuan. Lumrah dunia dan kitaran sejarah revolusi sentiasa mengulangkan cerita sama yang mana mereka yang berjuang tidak mesti menikmati hasil pengorbanan.

Begitulah Dato dan Moyang saya berjuang bersama UMNO untuk merdeka tidak mendapat hasil apa-apa. Tapi cucu cicitnya dapat hasil perjuangan untuk belajar tinggi dan Insya Allah, mudah-mudahan jadi manusia berguna.

Baiklah kalau Nora sudah sedar Khalid bukan orang yang amanah. Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh kira parti. Kalau kami sedangkan memperjuangkan penurunan Abdullah Badawi, anda seharusnya menuntut penurunan Khalid sebelum dia menghancurkan kita semua!

4 comments:

Anonymous said...

Memang Khalid kini berusaha untuk memasukkan kroninya ke dalam semua GLC Kerajaan Negeri. Mereka yang rakus kuasa dan kebendaan kini bersedia untuk meratah semua GLC Selangor hingga ke tulang hitam.

Kami di dalam CLC semua di chop orang Khir Toyo dan perlu digantikan, walaupun selama kami berkhidmat di GLC ini, tangan Khir Toyo pun belum pernah kami salami.

Itulah Khalid yang penuh rakus meratah semua hasil mahsul Selangor.

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

Bukan PKR saja yang pertikaikan Khalid. Rakyat Selangor pun pertikaikan Khalid. Maklumlah, dah tak ada madu lagi. Adakah patut seorang MB berusia 62 tahun menghina pengarah muzium selangor berumur 60 tahun dengan berkata "artifaks". Baca blog saya http://pokpet.blogspot.com Kalau tuan dapat buat link dari blog tuan pun baguih jugak!

Anonymous said...

First thing,when there is change in government from BN to PKR,We must take over Khazanah,we have to revamp the whole Khazanah team...Khalid will take the Top post in Khazanah and chaired by DSAI....So who do you think is in his line up team....what about the property team in GLC like Sime Darby?

Is Datuk Wahab his crony since there is a lot of pressure and accusation in Sime Darby Watch against Datuk Sri Zubir....

Sebab tu kena merger awal awal syarikat gergasi SD/Guthrie/Golden Hope....Sebab Datuk Khalid maseh simpan perasaan dendam dgn PNB dan kes saman dgn Bank Islam oleh datuk K masih on ke?

GLC Sime Darby punya property bank yg sangat luas dan mahal. Bila Datuk K jadi orang kuat Khazanah...jahanam lah budak budak GLC skarang especially in Sime Darby....mungkin Datuk Wahab Miskam jadi CEO Sime Darby pulak....satu move yang hebat kan Nora? Rosak rosak....apa nak jadi dunia korporat..

TakdeOrangPeduli said...

Biasa la tu, masa belum dapat, dijalanan lah mereka melaung laung, memekik mekik, terlolong lolong. Bila dah dapat, duduk diam buat kerja takde bunyi, habis dilupa pada alat2 yang membantu... bila kantoi kene buang baru la tercarik2 dimana alat2 atau geng2 sejalan.

tu namanya manusia hampeh. khalid pon hampeh juga. anwar lagi la hapak. PKR ni hanya ada keadilan untuk diri sendiri. Bila da sampai ke destinasi, maka keadilan untuk poket sendiri la di isi dulu. Bukan dia pedulik orang lain. Aku tak faham kenapa ramai yang masih buta.

Biar buta mata beb... jangan buta hati.

My Say