Saturday, June 07, 2008

Hisham tak tarik 'handbrake'


Pada Mei 25bh, jurublog ini menerbitkan tulisan Pemuda Pejuang, MyKMU berjodol "Hishamuddin: Ura-ura mahu kekalkan jawatan Ketua Pemuda." Semalam Agendadaily melaporkan jawapan Hishamuddin, "Hisham tak tarik 'handbrake'". Laporan tersebut berikut:

Setelah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kini timbul cerita mengatakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah tarik ‘hand break’.

Ikut khabar yang berlegar beliau sudah mempertimbangkan semula keputusannya itu dan akan patah balik untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Malah cakap-cakap kemungkinan itu terjadi kini menjadi salah satu topik yang hangat diperkatakan menjelang mesyuarat UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian yang semakin hampir.

Bagi mendapatkan penjelasan sebenar, Agendadaily telah menghubungi Hishammuddin melalui pesanan ringkas (SMS) selepas beliau menghadiri program permukiman Majlis Tertinggi UMNO di Shah Alam tengahari Jumaat.

Selang beberapa minit kemudian beliau lantas menjawabnya juga menerusi SMS.Katanya beliau beliau tidak akan berpatah balik daripada keputusan yang telah dibuatnya itu.

“Tak bercadang untuk bertanding semula Ketua Pemuda. Saya dah maklum dulu tak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” demikian bunyi SMS yang dihantarnya itu.

Keputusan Hishammuddin tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO telah menguatkan spekulasi beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Namun sehingga kini, beliau masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai jawatan yang akan ditandinginya.

Apapun menerusi penegasan semula beliau tidak akan berpatah balik ke jawatan Ketua Pemuda yang disandangnya selama dua penggal itu pastinya akan membolehkan mereka yang telah umum hasrat nak bertanding jawatan itu 'bergerak lebih laju tanpa was-was'.

Antara mereka yang sudah set nak bertanding ialah Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin setakat ini masih enggan memberi sebarang kepastian samaada nak turut serta merebut jawatan berkenaan. – 6/6/2008

4 comments:

akshat said...

Visit me at my blog to view a tech savvy life:

http://akshatslife.blogspot.com

TPJ said...

Tarik ke tak tarik ke kita hantar Hisham balik Turki. Dia telah memalukan bangsa kita.

http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com

A Voice said...

Jangan begitu.

Hishamuddin banyak betindak secara halus dibelakang tabir, maka ramai tidak mengetahui sumbangannya. Sebagai ahli politik, itu tidak berapa smart tetapi adalah sebab2nya.

Dalam pentadbiran sebelum ini, kita tidak kedengaran begitu banyak kerja merepek seperti sekarang.

Tidak ada flip flop seperti kata yuran tak payah tapi kena bayar lebih pula. Kita tidak dengar buku sekolah batal tetapi bila budget ditambah pulak.

Saya lihat semua ini adalah angkara Pak Lah dan menantu.

Artikel itu saya tampal dgn harapan Hishamuddin tidak diflip flopkan oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab.

Anonymous said...

Mestilah Hisham telah di minta supaya meneruskan tempohnya di Pemuda Umno. Ini kan cirix dia dengan Khairy?

Keduax memang tidak dapat berdikari, berkurangan sokongan dan hanya boleh ujud bersama!

Kedua dua berkedudukan tinggi mereka hanya kerana nama baik bapa seseorang dan bapa isteri seseorang lagi!

Kunte Kinte

My Say