Saturday, April 26, 2008

EGM UMNO Batu Pahat

Penuh sanjung dan tata Melayu. UMNO Batu Pahat pinta Pelan Peralihan Kuasa dan laju dimaju.

UMNO Batu Pahat mengadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) hari ini, Mei 26hb untuk membincangkan masaalah prestasi UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini.

Kesemua Jawatankuasa Bahagian hadir, melainkan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat dan Naib Ketua Bahagian yang kini merangkap Setiausaha Politik Menteri Penerangan, Dr Junaidy.

Sebanyak 360 perwakilan hadir dan ratusan pemerhati, serta 30 pembahas telah membincangkan dengan terbuka dan tulus ikhlas. Ada juga yang tidak bersetuju dengan aspek tertentu usul itu. Namun rata-rata kesemua membincangkan kerisauan yang sama.

Pendekatan Ketua dan Jawatankuasa Bahagian untuk membuka ruang yang luas untuk semua ahli-ahli akar umbi di dalam Bahagian Batu Pahat bersuara harus di contohi.


[Ini agak berlainan sekali dengan sikap Tan Sri Muhammad bin Muhamamd Taib dan Dato Nazri bin Aziz yang telah mengherdik Setiausaha Persatuan Anak Melayu Johor, KL 7 kerana menjalankan Forum untuk membincangkan politik melayu. Mereka memberi amaran supaya jangan masuk campur hal ehwal UMNO. Mereka perlu diingati bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu di Johor. Sikap angkuh kamu seperti ini yang menyebabkan UMNO tewas di negeri-negeri kamu, samdol!]

Bahagian Batu Pahat sentiasa berbangga kerana mengikut sejarah, UMNO yang asalnya adalah UMO mula kedengaran di dalam satu rapat umum di padang hadapan Kelab Melayu Batu Pahat.

Berlainan dari EGM Bahagian UMNO lain yang tertumpu kepada mengadakan EGM UMNO di peringkat kebangsaan, Bahagian Batu Pahat telah mengemukakan usul tersendiri kepada pucuk kepimpinan parti seperti berikut:

1. Mengadakan Perhimpunan Agung UMNO Khas
2. Menyegerakan Pelan Peralihan Kuasa sebelum bukan Disember 2008
3. Menyediakan Pelan Peralihan Kuasa parti.
4. Mengkaji punca kemarahan rakyat dan persepsi penglibatan keluarga dalam pentadbiran negara.
5. Mengisi dan melaksana Perlembagaan dan tidak bertolak ansur dalam hal mengenai Islam dan orang Melayu.
Usul ini dipersetujui oleh sebulat suara oleh Majlis.

Dalam ucapan yang begitu berisi dan menarik, Ketua Bahagian, Dr Puad Zarkashi mengungkap beberapa cerita, puisi dan lirik lagu untuk menyampaikan maksudnya.

Beliau memetik adegan cerita fantasi “Alice in Wonderland” dimana Alice meminta nasihat dari kucing Cheshire untuk memilih antara dua jalan. Kucing itu memberitahu jalan yang dipilih harus diketahui tujuan jika tidak kedua-dua jalan akan menemui kegagalan.

Sajak Usman Awang bertajuk “Surat Dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar” dipetik untuk menyatakan suara kecil rakyat dan akar umbi yang berani menegur secara terbuka adalah amsyarakay yang bermaruah.

Dr Puad menyatakan pelan peralihan kuasa itu perlu dan perlu disegerakan supaya persepsi salah boleh dibetulkan, keresahan boleh redakan dan UMNO boleh segerakan usaha seterusnya. Beliau banyak berkisar mengenai peristiwa peralihan kuasa dari Tunku Abdul Rahman ke Tun Abdul Razak.

Dalam membincangkan proses pengukuhan UMNO dalam konteks menghapuskan rasuah politik, beliau memetik puisi budayawan Indonesia Mustafo Bisri berjodol “Di Negeri Envelope”.

Beliau mengingatkan jangan sampai masyarakat menghina UMNO sebagaimana lirik lagu kumpulan Slank Indonesia berjodol "Gossip Jalanan.”

Membalas balik kenyataan Menteri Besar Kedah, Dr Puad berkata UMNO tidak akan jadi Muzium dan membidas hipokrasi PAS yang kini boleh ditonton ramai. Beliau menyentuh juga mengenai PKR yang di kepalai oleh Anwar Ibrahim.

Ucapan sokongan kepada usul oleh AJK Bahagian, Professor Dr Shahril bin Hj Abdul Karim penuh dengan kritikan, huraian dan cadangan mantap dalam pelbagai aspek parti.

Pembahas Jalil bin Taha, adik bekas Menteri Dato Daud Taha, mengingatkan majlis bahawa Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman berjuang menentang Malayan Union dan untuk kemerdekaan hanya sebagai Presiden UMNO dan bukan sebagai Perdana Menteri.

Syabas kepada UMNO Batu Pahat. Salah isi borang tidak melunturkan Semangat UMO dan Kepahlawanan Kiyai Salleh dalam jiwa mu, Batu Pahat.

Syabas juga Dr Puad! Amacam MKT?

No comments:

My Say