Tuesday, July 06, 2010

Kejohonan Kayak untuk majukan Ecotourism di Jerlun

Salah satu janji Dato Mukhriz kepada pengundi-pengundi semasa pilihanraya umum 2008 adalah untuk memperkenalkan kegiatan-kegiatan ekonomi baru kepada kawasan Parlimen Jerlun.

Memang satu cabaran besar untuk membawa pelaburan ke kawasan pendalaman seperti Jerlun. Sebarang usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi harus mengambilkira sumber dan kegiatan ekonomi yang ada. Ditambah kini dengan kerajaan negeri dipegang oleh PAS, sokongan agak susah untuk diperolehi.

Salah satu kegiatan ekonomi yang telah dijanji dan sedang diusahakan untuk penduduk Jerlun adalah agro-tourism dan eco-tourism. Ini satu-satu kegiatan yang sesuai bagi kawasan yang masih bergantung penuh kepada pertanian khususnya penanaman padi.

Beberapa program agrotourism telah mula diperkenalkan seperti Homestay di Kampung Jeruju, Hostel Kemas di Alor Biak, dan lain-lain lagi. Pada November 2009, Dato Mukhriz sendiri telah mengadakan program Jom Pi Jerlun untuk memperkenalkan produk-produk Agrotourism dan Ecotourism Jerlun kepada pihak media.

Semalam Mukhriz mengumumkan Kejohanan Kayak Peringkat Kebangsaan di Jerlun bermula pada Julai 23hb, 2010. Ini tentu sekali dapat menambah lagi kegiatan-kegiatan pelancongan berupa outdoor yang boleh dikembangkan di Jerlun.

Pengumuman akhbar disiarkan sepenuhnya berikut:

CABARAN KAYAK BERHALANGAN AKAR JERLUN 2010

Pusat Khidmat Parlimen Jerlun akan menganjurkan satu kejohanan kayak peringkat kebangsaan bermula 23 Julai 2010 ini di Jerlun, Kedah Darul Aman.

Acara selama tiga hari ini adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Jerlun dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, UMNO Bahagian Jerlun dengan kerjasama ANSARA, Persatuan Kanu Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Cabaran Kayak Berhalangan (Adventure Kayak Race) ini melibatkan kira-kira 180 kayak daripada 60 pasukan dari seluruh Negara. Mereka akan bertanding dalam empat kategori iaitu Terbuka Kebangsaan, Tertutup Institusi Pengajian Tinggi, Tertutup Institusi Pendidikan Guru dan Tertutup Kedah, bagi merebut hadiah Utama sebanyak RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu).

Cabaran Kayak Berhalangan ini akan menyusuri sungai dan terusan-terusan utama di Jerlun melalui litar sejauh 53km. Laluan ini akan membawa para peserta menerusi sawah bendang, pekan serta kawasan-kawasan bersejarah di sekitar Jerlun yang pernah menaungi dua ibu kota Kedah pada zaman dahulu iaitu Kota Siputeh dan Kota Naga. Malah Gua Kerbau yang menjadi lokasi permulaan pada hari pertama dan kedua juga pernah menjadi kediaman masyarakat purba dan ini jelas terbukti melalui lukisan dinding yang terdapat pada permukaan dalaman dinding gua tersebut.

Akar Jerlun ini juga adalah sebuah usaha kemasyarakatan yang saya bawa ke akar umbi. Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja melibatkan badan-badan berkanun dan profesional, malah ia juga memberi peranan kepada masyarakat Jerlun pelbagai lapisan; golongan belia, suri rumah serta pelbagai kelompok masyarakat yang lain menyumbang bersama-sama menjayakan usaha ini.

Harapan saya semoga Cabaran Kayak Berhalangan Akar Jerlun ini dapat memberi bimbingan serta pendedahan kepada masyarakat setempat dalam menguruskan program, aktiviti serta kejohanan yang berteraskan kehijauan seperti di Jerlun ini.

Semoga berbekalkan pendedahan serta penglibatan mereka dalam projek sebegini secara tidak langsung dapat memupuk kemahiran, seterusnya membesarkan takungan modal insan Negara. Ini sudah pasti akan dapat menaiktaraf kedudukan sosio-ekonomi mereka pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Akar Jerlun 2010 ini.

Sekian


YB Dato’ Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun

2 comments:

Anonymous said...

kayak?? wake up la ....

Anonymous said...

wake up? well apda aku, bende ni boleh tgk dari dua angle.angle pembangkang dan angle penyokong gomen.
1- ini can utk org tgk susah ke tak idup org kampung, macam kat jerlun. probbaly it's time the middle class malays have alook and think / realise not all ppl have the comfort of nice houses/german saloons etc. org2 kampung nilah yg sepatutnya ditolong oleh NEP bukannya org yg dah kaya

2- kayak? help org kampung? sekali tgk mmg takde link kot. tapi...org kampung, or org melayu ekna belajar mengendali dan mengurus. dan harap-harapnya diroang akan belajar. dulu aku pon join kutuk tun m nuat klcc. lookign back at it, those involved in building it can now boast on their cv having had experience of doing so, and can now venture out and do it overseas. it's the culture/know-how that he wanted to introduce. even the koreans started by building ships, taking away businesses of ship buildings from the other more renowned docks int he world. and tehy succeeded cos they kept improving it. i pity dr m, he had visions (regardless of bad things that he did). he ahd foresight - but most malays were if not are, NOT in the same wavelength. shame on you!!! tak sear kamu tu yang jumud!!!
sampai bila pon akan jadi pengguna bukan pengeluar.
spin it the way you like. if there's anything any malays can do, learn something.

My Say