Wednesday, October 14, 2009

UMNO perlu berubah dan mengekalkan releven - Muhyiddin

Timbalan President UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memulakan Perhimpunan Agung UMNO semalam dengan ucapan pembukaan kepada sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Putra World Trade Centre malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan UMNO sedang mengharungi satu era yang amat susah dan perlu berubah dan mengekalkan releven dalam realiti politik baru Malaysia dan susana pengundi yang lebih mendesak.

Muhyiddin menyatakan bahawa Presiden parti, Dato Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul razak telah meletakkan satu tanda aras tinggi ketika memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO yang susah untuk diikuti dirinya.

Najib kini sedang memacu perubahan dan pembaharuan di peringkat kerajaan. Muhyuddin menyeru ahli Umno supaya menyambut semangat perubahan yang telah dimulakan oleh Presiden di peringkat kerajaan sambil memacu gelombang perubahan di dalam parti.

Dalam ucapannya, beliau telah meletakkan sasaran perlu dicapai dalam masa dua tahun kepada ketiga-tiga sayap UMNO.

Ucapan yang bertemakan "Menggalas Tuntutan Perubahan" menggariskan empat rukun yang perlu dihayati anggota parti itu bagi mewujudkan "Satu Umno" yang bersih daripada segala unsur negatif yang boleh merosakkan parti.

Empat rukun tersebut adalah Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf). Ianya perlu dijadikan panduan dalam melakukan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan Umno.

"Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuh pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut dan perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa.

"Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu Umno," katanya lagi.

Nada ucapan Muhyiddin jelas serius dan mendesak.

Adakah ianya akan diterjemah oleh kepimpinan peringkat Bahagian dan Cawangan. Adakah ia dipercayai dan diterima baik ahli-ahli akarumbi parti?

Ucapan penuh Muhyiddin boleh diperolehi sepenuhnya di blog My Anger 2 sini.

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan, bukan umno yang patut berubah tapi pemimpin umno.

with permission,

Why Malaysians are starting to shift back to Barisan Nasional

My Say