Thursday, October 15, 2009

Hambar menunggu ucaptama Presiden

Sana sini wartawan dan editor merungut kepada penulis tiada berita yang boleh dilaporkan dari perbahasan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Seorang editor menggambarkan perbahasan persidangan begitu jelas di sanitasikan supaya tidak menjadi bahan untuk kritikan pembangkang. Timbal balas dan apa di dalam sanubari pembahas berkenaan pindaan perlembagaan tidak dapat diselami.

Malahan tiada isu-isu baru dan signifikan yang dibentangkan pembahas ketiga-tiga-tiga sayap.

Adakah ini penyebab G4 sayap Pemuda dilihat malas masuk ke Dewan untuk mendengar perbahasan yang dilaporkan blogger/wartawan Zabidi Saidi?

Laman rasmi UMNO Online sendiri tiada dikemaskini dengan sebarang berita melainkan penghebahan ucaptama dari Timbalan Presiden, dan Ketua-Ketua Sayap.

Hari ini persidangan induk akan bermula dan Presiden parti akan menyampaikan ucaptama pagi ini. Bakal dibincangkan adalah pindaan perlembagaan yang membabitkan 7 fasal dan 41 klausa.

Tujuh fasal yang dipinda itu melibatkan pemilihan pimpinan Majlis Tertinggi (MT), penghapusan sistem kuota, komposisi MT, tanggungjawab MT bagi memastikan perjalanan serentak antara bahagian dan MT, yuran, pendaftaran keahlian dan komposisi perhimpunan agung tahunan.

Pindaan ini bakal merubah politik dalaman UMNO. Ia mempunyai tujuan khusus untuk menghapuskan politik wang dengan pengundian melibatkan lebih 150,000 ahli dan pemilihan diadakan serentak.

Perdana Menteri pun ada memberi contoh syarat minima dimana calon untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi anggota parti selama tiga tahun dan bagi jawatan tertinggi parti, termasuk Presiden, perlu menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Tengku Razaleigh ada memberi beberapa cadangan. Antaranya adalah supaya Ketua Perhubungan Negeri dipilih, calun ahli Parlimen ditentukan oleh Bahagian, dan pemegang jawatan utama parti tidak digalakkan memegang jawatan kerajaan.

Pasti ada cadangan-cadangan lain yang baik yang boleh dipertimbangkan. Adakah sudah diambilkira dan akan dibahaskan?

Satu rungutan adalah pemindaan ini dibuat oleh pihak pemegang jawatan dalam parti dan bahagian. Ahli biasa dan cacai di bawah tidak dapat menyampaikan pandangan. Betulkah demikian?

1 comment:

princess jiji said...

dah yang p tu semua yes sir semua..tu yang takdak ummmphhh tu..

My Say