Tuesday, February 17, 2009

Hakim "PAS" akan mendengar petisyen Nizar?

Satu SMS baru saya terima dan mesejnya memerlukan tindakan segera para Blogger yang prihatin terhadap proses keadilan dan keutuhan Institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut SMS tersebut, kes petisyen saman bekas MB Perak, Dato Seri Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak akan didengari oleh Hakim Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.

Secara tidak langsung, petisyen saman ini mempunyai implikasi terhadap keutuhan Institusi Raja dengan mempersoalkan kebijaksanaan keputusan DYMM Sultan Perak.

Hakim Tuan Arif ini dikatakan oleh SMS sebagai pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan merupakan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis di satu masa.

Barisan peguam PAS yang terlibat dalam petisyen Pilihan Raya N.06 Kubu Gajah dan P.67 Kuala Kangsar pada Jun 2008. Hakim Tuan Arif adalah yang ketiga dari kanan di barisan hadapan. Ihsan dari blog Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Kelantan

Menurut satu lagi sumber maklumat, Hakim tersebut pernah bertanding di bawah kerusi PAS di Selangor lima tahun lepas. [Terkini 11:00 AM 18/2/09] Maklumat Utusan Malaysia bertarikh Mac 12hb, 2004 menunjukkan beliau bertanding di kerusi DUN Kota Damansara.


Beliau (4,827 undi) kalah kepada Dato Mohd Mokhtar Dahlan (12,926 undi).

Ini mengkhuatirkan jika benar kerana keadilan boleh dikompromi. Para blogger dipohon membantu memainkan peranan untuk menyiasat dan mendedahkan sebarang maklumat supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.

Sebagaimana yang diketahui semua, Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambery Kadir sebagai defenden utama.

Penamaan Dr Zambery dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri. Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak.

Berdasarkan rencana yang telah disiarkan dalam blog ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana mereka tidak mempunyai asas untuk mempersoalkan keputusan Tuanku Sultan.

Petisyen saman sepatutnya dibuang kerana ia mempertikaikan kuasa prerogatif Raja dalam membuat keputusan dan jika dilayani, boleh membawa impak terhadap integriti Institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan Nizar ini hanya merupakan wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina mahkamah.

Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan akan dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini.

Keadaannya kini seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik. Perkara ini perlu dilihat dengan serius sekali.

Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincang dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar.


* Updated: 10:45 PM & 11:00 AM 18/2/09

13 comments:

Quantum Metal Consultant said...

UMNO tidak perlu takut dan bergelagat cemas 'gila talak' macam Pembangkang dalam hal hal sebegini.

Teruskan kes di dengar oleh Hakim yang berkenaan dan hanya yang tidak berkeyakinan sahaja akan gusar.

Panglima Perang Cyber said...

salam tuan..

info tuan sangat menarik..

saya minta izin utk copy di blog saya bagi edaran BPN untuk mendedahkan perkara ini dan meminta agar hakim berkenaan mengundur diri.

salam.

Anonymous said...

http://luhampas.blogspot.com/2008/06/extraordinary-man.html

tunku said...

rasanya peguam kepada defenden perlu membawa perkara ini ke perhatian mahkamah nanti.

Anonymous said...

Should we congratulate you, Sir? Some of the issues you anticipated for YB Khir ahead of Hujah, were actually tossed at him by the fiery moderator. YB Khir fired away, earning thunderous applause.

The gallery was thrilled as YB Khir clawed the BN-Umno Government, describing it as rudderless. YB Khir was upset that the Government did not quickly arrest trouble makers under the ISA.

Such delays and inertia will haunt Umno-BN, as the electorate, argued YB Khir, is banking on the Government to make more arrests to calm their nerves and boost investor confidence.

YB Khir, roared on by the crowd, was delivering his arguments forcefully. Right at the end, he raised his voice as a great leader would. His supporters cheered on.

YB Khir did not have the chance, sadly, to expand on the Elizabeth Wong saga. A friend whispered to me this was strange.

Anonymous said...

Salam Voice & pengunjung,
I strongly recommend you to read M Bakri Musa'a latest posting - "SULTANS MUST READ THEIR SUBJECTS WELL":
http://www.bakrimusa.blogspot.com

A Voice said...

Dhahran

Listening to the rakyat is one thing, leadership means also of providing the direction on the rakyat.

Bakri Musa is too far distanced in California to appreciate what the real problems is.

He is most of the time, rhetorical.

Panglima Perang Cyber said...

saya juga mohon izin copy gambar..

tq datang bagitahu ttg gambar tu di blog saya..

salam

Anonymous said...

Saudara,

Adakah pelik apabila Nizar memfailkan kes tersebut di Kuala Lumpur padahan kausa tindakan beliau, sekiranya wujud, bermula di Perak? Persoalan undang-undangnya adalah samada Mahkamah di Kuala Lumpur mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes-kes yang mana kausa tindakan bermula di Kuala Lumpur? Saya berpendapat bahawa itu adalah permulaan bagi kes itu dibuang sahaja.

Maaf, pendapat dan pertanyaan saya di atas adalah dari seorang yang tidak tahu undang-undang. Any lawyers please stand up and explain?


Citytour

srikandi parujas said...

salam..
minta izin utk d copy paste kat blog sy ..

tunku said...

i think the judge has heard us

Nizar vs Zambry: Judge offers to recuse himself

KUALA LUMPUR: High Court Judicial Commissioner Mohamad Arif Md Yusof has offered to recuse himself from hearing the lawsuit filed by former Perak mentri besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin against his successor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

The suit was filed after the Pakatan Rakyat government lost the state to Barisan Nasional with the resignation of three assemblymen from their parties, and the defection of a fourth.

Nizar wants the court, by way of judicial review, to declare him the legitimate mentri besar and for an injunction to stop Dr Zambry or his agents from carrying out the duties and functions of the mentri besar.

At the onset of the proceedings Wednesday, Mohamad Arif said he has been a legal advisor and counsel for PAS on a number of election petition cases. Nizar is a member of PAS, which together with PKR and DAP, makes up the Pakatan alliance.

“I have also been involved in PAS legal matters from time to time, and have advised PKR on legal issues,” Mohamad Arif said.

“I have also acted for Barisan in an election petition in Sarawak,” he added.

“I tend to think that to preserve justice and the integrity of the institution, perhaps I should recuse myself from hearing this matter,” he said.

He set Feb 23 for counsel from both sides to brief him on whether they had any objection to him hearing the matter, as well as on two other issues:

First, whether the matter should be referred to the Federal Court over the question of law for determination and finality, over intepretation of Article 16(6) of the Perak Constitution.

Second, on the standing of Perak’s state legal advisor Datuk Ahmad Kamal Md Shahid acting as counsel for the respondent since Dr Zambry is being sued in his personal capacity.

The five-page suit, filed last Friday, also asks for “punitive, aggravated and exemplary” damages to be awarded to Nizar.

Anonymous said...

1.Kenapa kita berfikiran sempit dan membuat andaian mengikut hawa nafsu.
2.Kenapa hakim tersebut dipersoalkan dan dimana kesilapannya mengikut akta mana
3.kenapa kita berfikir seperti dizaman era 80an sedangkan kita berada dizaman dunia tanpa sempadan.
4.Siapakah Tan Sri Zaki Azmi sebelum menjadi Ketua Hakim Negara..? Kenapa kita tidak persoal.
Oleh itu sebagai rakyat malaysia tidak kira parti mana.Jangan lah ada sifat kebencian sesama kita kerana boleh menghancurkan Negara yang tercinta.Berfikir dengan ilmu serta rasional bukan dengan emosi.

Anonymous said...

Salam...
Saya yakin UMNO/BN tidak takut dengan isu ini, lebih-lebih lagi bila kita semua diberitahu bahawa Hakim yang mendengar petisyen Nizar merupakan bekas calon PAS. Cuma apa yang kita khuatirkan ialah jika penelitian terhadap kes ini dibuat secara berat seblah... Apapun diharap hakim tersebut jujur dan bukannya menjalankan tugas untuk 'membantu' rakan separti...

My Say