Monday, January 26, 2009

Hari ini Gerhana Matahari, Minggu depan Gerhana Politik bergelora lagi?


Menurut pengumuman Angkasa Malaysia, kita bakal mengalami gerhana matahari yang tidak menyeluruh (partial eclipse of the sun) pada waktu antara 4:30 hingga 7:30 hari ini.

Dari pengalaman gerhana matahari yang lepas pada akhir tahun 90an, imej gerhana bahaya dilihat terus tetapi dari pancaran bayangan pada air dalam timba. MOSTI telah menyediakan satu laman yang akan memancarkan imej gerhana matahari secara langsung dari Planeterium Kebangsaan di laman web sini.

Gerhana matahari adalah satu fenomena sementara yang akan berlalu. Begitulah gerhana semulajadi yang diatur demikian oleh tuhan dengan tepat.

Bagaimana pula gerhana politik negara? Adakah gerhana politik yang melanda negara hanya sementara? Adakah ia akan berbalik sediakala? Bolehkah gerhana politik dilihat secara terus dan telus?

Sejak kekalahan PRK KT, nampaknya gerhana politik yang berpunca dari mula Abdullah mentadbir negara belum berakhir. Pemergiaan PM sejurus selepas kalah di KT menimbulkan tandatanya. Kenyataannya sepulang dari lawatan menimbulkan lebih banyak persoalan. Itulah dia gerhana, tak dapat dilihat dengan terus melainkan bayangan melalui medium lain.

Kekalkan Pak Lah, UMNO Bertambah Lemah

Sejak Proton di kecilkan saiz dan Jambatan Bengkok dibatalkan hingga PRU12 pada Mac 8hb, 2008, jelas sekali Pak Lah adalah Perdana Menteri yang keupayaan pentadbiran yang tidak cekap, lemah, dan tiada hala tuju. Malah ia dilihat menggadaikan kepentingan negara kepada kepentingan asing.

Selepas PRU12, Abdullah menjadi bertambah lemah dan akibat kedegilannya enggan mengundur, UMNO seolah-olah dibiarkan menjadi bertambah lemah dan tak berhenti bertelagah. Dengan kesanggupan pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang sentiasa berkompromi, maka Abdullah yang sepatutnya meletak jawatan diberi ruang masa yang terlalu lama.

Sepanjang masa yang kononnya dipanggil peralihan kuasa, UMNO kehilangan semangat, hilang tujuan dan kucar kacir bagaikan kapal tak bernakhoda. UMNO dilihat tidak berupaya mempertahankan diri dan menangani asakkan, desakan, tuntutan dan kritikan dari pelbagai pihak. Perjuangan mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan Pribumi sudah dilihat meniris dan tidak meyakinkan.

UMNO kecundang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, ADUN untuk Bota, Perak melompat ke PKR, dan SAPP lompat keluar dari BN akibat masaalah keyakinan ini. Walaupun desas desus mengatakan Dato Nasarudin Hashim melompat ke PKR untuk menggantikan MB sekarang Dato Muhammad Nizar, ia menunjukkan UMNO yang tidak stabil.

Pak Lah Masih Mahu Kekal PM?

Yang menghairankan ramai apakah perlu seorang PM yang hanya tinggal dua bulan sebagai Presiden parti dan lame duck PM perlu melakukan lawatan perdagangan luar negera lagi? Apa yang dia sibuk untuk mengusulkan pelbagai reformasi undang-undang dan membuat keputusan korporat seperti untuk Sime Darby?

Blog Mesin Taip Buruk bertanya kenapa Pak Lah tidak membuat persediaan untuk bersara lagi. Manakala, jurublog Syahril A Kadir merasa hairan melihat tidak ada alamat-alamat dia akan berundur. Jurublog ini pun merasakan demikian.

Penangkapan ramai-ramai atas tuduhan rasuah politik wang UMNO agak lambat tetapi satu langkah yang baik. Namun begitu, ada sesuatu yang anih dari perspektif politik. Pernah diberitahu Pak Lah akan gunakan undang-undang cegah rasuah sebagai senjata untuk mempertahankan kedudukkannya. Bagaikan mengikut skrip, ianya segera dilakukan terhadap parti sendiri dalam kesuntukkan masa menghadapi PAU pada Mac 25-27hb tidak lama seteleh Parlimen meluluskan undang-undang.

Katanya, selepas penangkapan Norza, ada lagi tangkapan dari kalangan kem Pak Lah/Khairy bagi mengelakkan tuduhan langkah ini disalahguna terhadap musuh politik. Selepas itu, barulah tangkapan yang melibatkan musuh politiknya yang kemungkinan dari kem Najib, Muhyiddin, Mukhriz dan lain-lain yang condong kepada Dr Mahathir.

Kelemahan teori konspirasi ini adalah apa jadi dengan laporan BPR terhadap Pak Lah oleh Dato Mazlan Harun yang merupakan salah seorang tukang kempen untuk Tengku Razaleigh. Laporan ini datang lengkap dengan bukti gambar, video, barang, wang, dan lain-lain. BPR adalah bawah pengelolaan Jabatan Perdana Menteri. Inilah kelemahan undang-undang pencegah rasuah yang begitu sedia dipersetujui oleh pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim.

Antara khabar-khabar angin yang tersebar luas adalah penangkapan atas tuduhan rasuah begitu banyak hingga Pendaftar Pertubuhan akan mengisytiharkan kesemua Mesyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO terbatal dan Persidangan AGung UMNO tertangguh.

Ini mengingatkan jurublog ini akan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa UMNO tidak boleh mengadakan Mesyuarat Agung selagi masaalah ini masih tertunggak. Persidangan Agung bulan Mac akan ditangguh dan memgikut teori konspirasi, Abdullah akan kekal hingga hampir akhir tahun.

Sementara itu, ada pihak yang beranggapan kekalahan UMNO pada PRK di KT bagai disengajakan Pak Lah dengan memilihan Wan Farid sebagai calun. Najib tidak terlibat dalam pemilihan calun, walaupun dia "mengaku" bersama terlibat memilih Wan Farid.

Sebagaimana diberitahu seorang rakan yang sangat terlibat dalam kempen PRK di KT, tidak ada satu pun komen baik mengenai Wan Farid yang didengarinya. Tidak kira dari pembawa teksi hingga ke orang-orang berpangkat di KT. Ini masih komen sesama orang UMNO.

Biarlah blog-blog Setiakawan cuba gembur-gemburkan Khairy sebagai hebat dan peti undi di bawah saingannya Khir Toyo dan Mukhriz kalah. Yang nyata, peti undi Khairy yang di kawasan selamat Chendering pun menurun dan paling nyata sekali dari kalangan saloran orang muda di 3 dan 4.

Adakah mungkin Pak Lah mahukan kekalahan bagi membolehkan dia lakukan sesuatu yang drastik?

Pemergian Pak Lah ke Timur Tengah sejurus lepas kekalahan PRK di KT dikatakan diiringi oleh lima orang Menteri Besar dan Tun Musa Hitam. Ramai menjangkakan ada perancangan politik sedang menetas.

Ku Li Masuk Kabinet?

Sementara itu, khabar angin tersebar dari kalangan pemberita menyatakan Pak Lah akan mengumumkan kabinet baru. Memang tak lojik bagi seorang PM yang tinggal kurang dari dua bulan untuk melakukan ronbakan kabinet. Kalau betul jadi, ini bermakna Pak Lah akan kekal. Cerita lama mengenai pengguguran Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Dr Rais Yatim pun berkumandang kembali. Tapi pengulangan kepada khabar angin ini diiringi dengan cerita Tengku Razaleigh dilantik sebagai Menteri kanan untuk Ekonomi dan Kewangan.

Ini suatu twist yang menarik. Ku Li boleh dikatakan satu solution atau jalan tengah antara faction Musa/Pak Lah dan Dr Mahathir/Najib. Andaiannya berasaskan Dr Mahathir kelihatan masih kecewa dengan Najib dan belum memberi endorsement buatnya. Kenyataan Tun M meminta tidak menyalahkan Najib kerana kekalahan PRK di KT hanya untuk mengekalkan fokus tuduhan terhadap Pak Lah.

Walaupun Tun pernah indors Ku Li untuk menentang Pak Lah bagi jawatan Presiden, adakah dia boleh menerima pesaing politiknya suatu masa dahulu sebagai pilihan kompromi setelah Pak Lah tidak mempertahankan jawatan?

Adakah peranan Ku Li setakat untuk membantu memulihkan ekonomi saja? Kalau dingat kembali, Ku Li banyak menyuarakan ide-ide yang bukan konvensyenal seperti reformasi parti, merubah sistem undi perwakilan, unity government, petroleum hub, dan lain-lain.

Adakah Ku Li masih bersikap hanya jawatan No. 1 atau biar tiada jawatan langsung? Atau dia sedia untuk berada di bawah seseorang yang berbanding dengan dirinya jauh sekali keupayaan intelek, mentadbir, pengalaman dan reputasi? Kalau kali ini, bawah Pak Lah kemudian bawah Najib, bekas penolongnya di Petronas. Bolehkah demikian?

Ada antara mereka yang rapat dengan Ku Li masih berasa was-was samada beliau berani berhabis-habisan memperjuangkan agenda politik dan visi kenegaraanya? Adakah Ku Li sedia hadapi kekalahan dan sedia tercatit dalam sejarah politik negara sebagai kecundang yang berulang-ulang? Rintangannya besar kerana Ku Li tidak ada jalan legitimate melalui proses parti, walaupun jika dipersoalkan kesahihan proses pemilihan yang penuh dengan politik wang.

Tak Akan Najib Terus Duduk Diam?

Yang tidak masuk akal dari teori konspirasi ini, mana nak letak Najib yang baru saja diberi portfolio kewangan? Adakah usul Sime Darby untuk mengswastakan IJN dan LCCT baru kepada Air Asia yang berakhir dengan pembatalan adalah disengajakan untuk cari pasal dengan Najib?

Disamping itu, tidak mungkin Muhyiddin boleh dibuang sewenang-wenang walaupun dia dikatakan ketinggalan kepada Ali Rustam. Buat masa sekarang, mulut tempayan boleh ditutup, tapi keberanian Muhyiddin bersuara masa ini tidak ada tolok banding. Abdullah pun sudah membenci Muhyiddin yang satu masa dahulu mahu dijadikan Timbalannnya.

Tempat Najib sebagai Presiden sudah hampir pasti. Apa pula jika Najib memberi petunjuk meyokong Muhyiddin di jam ke 10 dan 11?

Bolehkah Abdullah dengan mudah menukar tradisi untuk kekal sebagai PM, walaupun dia sudah tidak lagi Presiden? Sediakah UMNO untuk mengubah untuk membezakan kepimpinan negara dari kepimpinan parti seperti amalan di Amerika dan Britain? Adakah ada iltizam politik untuk kembali kepada maxim "parti menguasai kerajaan" dengan parti menjadi pendesak dan bukan apolegis untuk kerajaan?

Abdullah boleh merancang, tapi bolehkah dia berhadapan dengan tekanan dari MKT? Tekanan yang di hadapi dari MKT yang menyebabkan beliau terpaksa meletakkan pelan peralihan.

Adakah dia boleh mendapat sokongan MKT kepada perubahan rancangan? Terutama sekali dengan fatigue politik telah melanda UMNO dan akarumbi sudah ditahap menyampah kepada pergolakkan parti yang tiada berhenti. Lompat parti kemungkinan adalah alamatnya.

Bagi kebanyakkan aktivis UMNO yang tulin, apa saja asal bukan Pak Lah lagi. Adakah itu juga pendirian Dr Mahathir?

Selagi Pak Lah masih kekal, pembaharuan UMNO tidak dapat dilakukan. Inikan pula ura-ura Pak Lah akan kekal. Agak anih difikirkan Pak Lah mengatakan pembaharuan akan dilakukan bawah kepimpinan baru UMNO selepas bulan Mac 2009? Apa tersirat disebaliknya?

Sementara itu, tersebar di kalangan kumpulan tertentu bahawa sesuatu drastik akan berlaku sebelum Februari 25hb. Nampaknya gerhana politik belum berlalu lagi.


* Edit 11:00 pm

2 comments:

Anonymous said...

your statement about the trade visit attracts me. yeah why within these 2 months. I believe to say bye bye to his counterparts kot.

btw, I stayed in one of the countries that he recently visit. Few Ministers and 1 CM were seen in one of the event. Ehemm... heard that one big project which have been awarded to dot dot dot has been reviewed. Kira macam dah dok lam mulut (belum telan lagi)disuruh luah balik la gitu. GCC Countries somehow are hits with the credit crunch as well. The country that I stay also revised its budget to a deficit budget. So about the projet, it was said to be reviewed may be due to the financial crisis or may be due to the resignation in March? We dont know :p

Another thing, they've arranged a trade meeting with local companies around 2.30pm to 5pm. I dont know who's not doing their job. They should know the local culture better. The period mentioned above is called "ciesta" time. Which means most of the businesses are closed during this period, people go home to have their lunch and short nap. So end up? sendiri mau ingat la...

Anonymous said...

What say you if by March 2009, Pak Lah and his BN MPs symphatizers defected to PKR and maintain the Premiership after his 2008's GE mandate expired by 2012? No loss for Anwar Ibrahim, a good friend of Pak Lah. Pak Lah was the one who handed him over Anwar's passport then (through SIL KJ). It might be again this time the same idiot will hand over Malaysia to this 'amphibian'.

Yes, a 'gerhana' for us all then.

My Say