Monday, October 27, 2008

Biar kalah sekali pun Mukhriz, jangan sekali ikut main politik wang!

Kilang mesin wang Khairy sudah lama rancak mencetak 'wang haram' sejak beberapa tahun lepas dari komisyen dari projek yang diperolehi untuk ahli-ahli perniagan dan korporat serta kontrak yang disalurkan melalui kroninya di dalam Pemuda UMNO.

Percubaan Khairy dan jentera propagandanya untuk menafikan hanya menjemput senyuman dan ketawa dari masyarakat perniagaan Melayu dan sektor korporat. Siapa dalam dunia perniagaan yang tidak tahu apa yang berlaku?

Dalam dunia perniagaan, maklumat pasaran (market information) lebih berharga dan bererti dari laporan berita yang selalu dikira sebagai cerita dinosaur atau lebih keras dipanggil cerita sudah basi.

Maklumat ini tidak boleh diperolehi dalam akhbar, melainkan dari pergaulan dan jaringan rakan dan taulan. Selain mendapat maklumat, pengumpul maklumat sendiri kena punya kebolehan dan cukup ilmu dan maklumat untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat.

Fitnah

Menyedari penafian tidak menjadi, maka Khairy pula menggunakan propaganda Internet KPMU untuk mencalitkan Mukhriz bermain wang. Tiga artikel didedikasikan untuk membina persepsi Mukhriz terlibat dalam politik wang.

Mereka sanggup jadi budak tongong (perkataan jawa untuk terlalu bodoh) yang tidak memahami bahasa sindiran untuk memutarbelit mengatakan Dr Mahathir mengaku Mukhriz main duit. Bila salah putarbelit, ianya hanya akan menghilangkan kredibiliti diri dan silap-silap makan diri.

Sedihnya ada juga antara rakan-rakan dikalangan penyokong pesaing percaya fitnah Khairy terhadap Mukhriz. Jurublog tidak ambil hati dan marah kerana mereka hanya termakan dengan propaganda halus Khairy.

Jika kita menyokong kuat Dr Mahathir dalam perjuangan membebaskan negara dari pentadbiran Abdullah yang telah membahayakan kedaulatan negara, kita patut ikut nasihat beliau. Bukankah Dr Mahathir berkali-kali memberi amaran dan mengingatkan tentang bahaya politik wang kepada parti, bangsa dan negara? Malah Dr Mahathir sendiri menjadi mangsa politik wang pada tahun 2006.

Adakah Mukhriz seorang yang bersopan dan berbudi pekerti serta amat taat pada ibu bapanya sanggup engkar kepada perintah dan arahan ayahnya? Jawab sendiri. Yang tahu, tepuk dada tanya selera.

Bagi mereka yang akan menyangkal logik ini, harap ia dilakukan bukan hanya atas teka-teka, irihati dan buruk sangka yang berdasarkan kata dengar (hearsay). Lihat perawakan Mukhriz dan tanya orang-orang luar kumpulan anda, adakah perawakan seperti Mukhriz lakukan politik wang?

Bagi yang terlibat dibelakang tabir kempen pemilihan, ramai mengetahui Mukhriz menang kerana usul dari floor. Banyak tempat yang Mukhriz kuat jatuh kerana politik wang. Kalau Mukhriz turunkan sedikit wang pun, sudah pasti penyokong-penyokongnya akan kekal bersamanya. Tetapi tidak.

Hairannya, mengapa Mukhriz yang cuba difitnah dan bukan Dato Seri Khir Toyo yang bertahun-tahun telah diguna propaganda TV3 untuk menjatuhkan kerjaya politiknya hingga Selangor tewas kepada pembangkang?

Memang benar, antara sebab utama Selangor tumbang adalah kerana propaganda media yang menyokong Khairy. Kesian Dr Khir.

Kenapa yakin Khairy main duit?

Mengikut sumber yang sangat dipercayai, Khairy dikatakan menemui seorang ahli politik veteran beberapa tahun lepas di pejabatnya.

Dia bertanya apakah keperluan untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri sebelum umur 40. Jawapan terus terang tetapi berlapik maknanya yang diperolehi dari ahli politik veteran itu adalah membina dana perang (war chest) sebanyak RM1 billion.

Sebagai orang putih berkulit sawo hitam, Khairy hanya menerima bulat-bulat kata itu. Ahli politik tersebut tidak menggalakkan tetapi hanya cuba menyampaikan mesej bahawa UMNO sudah rosak perjuangan dan politiknya.

Sumber maklumat ini begitu meyakinkan untuk membolehkan peristiwa ini disiarkan. Nama ahli politik veteran, tempat dan masa perjumnpaan diketahui penulis tetapi tidak mahu disiarkan, takut disalah erti.

Sejak Khairy mengelabar ketinggalan dan tsunami yang diharapkan pada hari pertama Mesyuarat Bahagian di Machang tidak menjadi, Khairy sudah lakukan pelbagai tipu helah dan rasuah untuk mendapatkan pencalunan.

Hari minggu lepas, Khairy berjaya akhirnya mendapatkan pencalunan.

Kini kelihatan Mukhriz bagaikan arnab yang keletihan dan sedang dikejar kura-kura. Apa yang berlaku tidak menghairankan kerana sudah dijangka ketiga-tiga akan lepas untuk bertanding. .

Kini ramai mengatakan satu senario bahawa Mukhriz boleh kalah. Kononnya kebanyakkan jawatan di Bahagian dipegang Khairy. Manakala, kebanyakkan G2 dipegang Dr Khir. Momentum Mukhriz pun sudah kelihatan berkurangan.

Hanya mahu diingatkan bahawa siang-siang lagi sebulan sebelum Mesyuarat Mukhriz katakan dia mungkin tidak mendapat cukup pencaluan dan merupakan underdog. Akhirnya dia juga mendapat pencalunan dahulu. Pencapaian yang Mukhriz lakukan adalah lebih dan luar jangkaan.

Kini Mukhriz balik kembali menjadi underdog. Favourite pula kembali kepada Khairy.

Khairy mengatakan kemenangan pencalunan di Sembrong adalah manifestasi kesinambungan kerana tempat Hishamuddin, Ketua Pemuda. Sembronmg tidak ada pencalunan dari floor tetapi usul dari Pemuda Bahagian. Mungkin ura-ura peubahan Kabinet ada memberi impaknya.

Sekarang apa pula hendak dikata tentang kemenangan Mukhriz di Pekan? Secara demokratik, kesemua tiga-tiga diusulkan dan Mukhriz mendapat 202 undi, Dr Khir 46 dan 18 Khairy. Adakah ini manifestasi penerimaan bakal Perdana Menteri? Bukankah hala tuju Najib lebih jelas dari hala tuju Hishamuddin?

Usahlah membawa klise dan polemik murah. Ini semua ditentukan oleh Mesyuarat Pemuda. Tetapi kenapa Sembrong tidak ada calun lain?

Keadaan Mukhriz sebagai underdog semasa sebelum Mesyuarat adalah satu keadaan yang selesa buat Mukhriz. Di Perhimpunan Agong UMNO kelak, semuanya undi adalah rahsia, mempunyai pemerhati yang ramai dan tiada Annuar Musa dan Ketua Pemuda Pulai untuk menipu perkiraan.

Berani Berubah

Perjuangan Mukhriz adalah berdasarkan prinsip. Maka, jangan sekali menggadaikan prinsip. Hanya prinsip yang akan menyelamatkan UMNO dari hancur pada PRU13. Jika Pemuda gadaikan prinsip dan tidak memikirkan parti lebih dari kepentingan sendiri, maka garenti kalahlah UMNO pada PRU13.

Semasa itu Mukhriz yang kalah tidak akan tertulis dalam sejarah sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mungkin Khairy yang menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Mengikut track record Khairy, dia tidak pernah berjaya dalam taktik pilihanrayanya umum dan kecil. Imejnya sudah terlalu rosak untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan pengundi. Akhirnya, nama Khairy yang akan tertera dalam sejarah sebagai Ketua Pemuda semasa UMNO kalah, bukan Mukhriz.

Biar kalah sekali pun, Mukhriz, jangan sekali ikut main politik wang!


* Edit 27/10/2008 10.30 pm

20 comments:

Anonymous said...

untuk saya khir toyo sepatutnya tidak bertanding jawatan ketua pemuda. sekiranya satut lawan satu saya yakin kj susah utk menang biar jutaan ditaburkan.
yg sedih kem khir toyo juga aktif menaburkan fitnah yg mukhriz menaburkan duit.khir toyo juga kuat makan rasuah semasa jadi mb, kalau tak mcm mana dpt bertahan sampai skrg tanpa bekerja.duit dtg dari mana, dari langit ke?

biarlah yg ikhlas menang.BENAR KATA A VOICE,dato mm, biarlah kalah, jgn main wang mcm kj ngan khir toyo.khir toyo dgn kj sama naik rasuahnya.

mantra-indeeptots said...

Salam...

I'm challenging Khairy and others to debate publicly merely on just one topic... POLITIK WANG!

Lets take his challenge to debate!

Generasi Pejuang Bangsa said...

Jangan cakap la kem muhkriz tak main politik wang ..dalam UMNO sudah menjadi lumrah sejak Anwar lagi .Di Permatang Pauh yang memihak kepada Muhkriz ,jawapan untuk politik wang memang sudah berleluasa . Aku hairan kawasan itu dijangka menyokong KJ oleh ketua pemuda nya dengan senang berubah .

jangan cakap la tiada politik wang dalam pemuda ini termasuk dikalangan kem muhkriz . jangan berlagak baik dan ihklas ,dalam UMNO ni semua main duit ..walaupun aku bukan perwakilan dalam Pemuda tetapi aku sudah lihat semua ni ..

Anonymous said...

Datuk Mukriz,
Tuhan bersama2 orang2 yang sabar dan ikhlas serta yang teraniaya. Tetapkan hati dan amalan pada jalan yang benar walau apapun yang melanda. UMNO adalah parti keramat dan sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin apabila dia khianat, hidupnya tak selamat. Pemimpin itu akan tumbang dan jatuh hina. Datuk mempunyai 'model' yang cukup baik, iaitu ayahanda Tun. Insyaallah, Allah akan tolong.

Salam

AHO

Hamizi Hamdan said...

pembinaan blt yang membolot projek putrajaya dan balai polis (dan quarters polis) tu kan khairy punya... lagi nak mengaku bersih... f**k lah...

semua orang dalam line construction dah tau...

Anonymous said...

Pejuang Melayu

Rasional anda Mukhriz terlibat politik wang adalah kerana andaian anda politik wang sudah meleluas dari zaman anwar dan bermula zaman ku li lwn musa.

Baik anwar dan ku li, menentang mahathir. Mukhriz anak Mahathir. Jadi macam mana rasional tuduhan anda. Dari hari itu anda cuba memfitnah Mukhriz.

Kalau kata Permatang Pauh sudah pasti KJ, kenapa Maran jatuh pada KJ dan ustaz nazmi dikatakan bawa senjata tajam utk memastikan mukhriz tidak dicalunkan. Ustaz Firdaus rapat dgn Mukhriz dan ayahnya.

Pejuang Melayu, agak2 khairy rela ke tidak kalah demi tidak main wang?

Sekurang2nya Khir Toyo berani letak jawatan dari ketua perhubungan kerana kalah.

KJ patut undur terus kerana 80 orang yang dia letak utk ketepikan establishment di bahagian kalah pada PRU 12!!!

Quantum Metal Consultant said...

Secara tidak nampak, dalam

politik wang:
KJ no. 1,
KT no. 2
MM no. 3

Dari segi projek:
KJ no. 1,
KT no. 2
MM no. 3

Dari segi pengalaman:
KT no. 1
MM no. 2
KJ no. 3

Dari segi koro:
KT no. 1
KJ no. 2
MM no. 3

Dari segi wawasan:
KT no. 1
MM no. 2
KJ no. 3

Kepetahan berhujah:
KT no. 1
KJ no. 2
MM no. 3

Dari segi temberang:
KT / KJ no. 1
MM no. 3

Dari segi karisma:
KT / MM no. 1
KJ no. 3 (masih beringus)

Dari segi pintar semua:
KJ no. 1
KT no. 2
MM no. 3

Buatlah pilihan.

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Saya amat sokong 100% akan perkara ini.

Jadi, jika KJ menang pun kita tak perlu terkejut berok kerana dia dah memang berok perut buncit dengan duit haram.


http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Col Roseli said...

Yang sebenarnya tiada siapa yang layak menuduh orang lain main politik wang. Semua mereka menggunakan wang dan yang menerima pun suka sebab rata-rata orang-orang UMNO masih miskin termasuk Pemuda.

Yang penting kita kena tengok kelainan. Mereka yang mempunyai otak dan kebolehan.

Mukhriz adalah anak TDM tapi kita tidak nampak kehebatannya dapat melangkaui kehebatan TDM dan sehebat-hebat TDM pun, beliau tidak berupaya mengatasi kemiskinan yang membelenggu orang Melayu. Kalau ditolak saham-saham milik GLC, tidak ada apa bagi orang Melayu meskipun TDM berada ditampuk pemerintahan melebihi 20 tahun. Nama-nama besar yang diciptanya semuanya rapuh saperti Rashid Hussein, Tajuddin Ramli, Halim Saad, dan beberapa orang lagi. Akhirnya TDM 'give-up' dan kata orang Melayu haprak.

Kalau lah Mukhriz sehebat bapanya, the 'end result' nya akan tetap sama, tidak impressive langsong.

Dalam soal ini mungkin calun lain harus diberi peluang.

Malah MP Muar, YB Razali nampaknya lebih bijak dari Mukhriz.

Fikir-fikirkan lah dan jangan terlalu emosi. Bagi saya Khairy dan Razali harus digandingkan meskipun mereka dari berlainan kem.

Komen selanjut, lihat: colroseli.blogspot.com

Salam

Anonymous said...

mukhriz mungkin tidak sehebat tun, tapi terlalu awal utk kita judge. lagi pun kita kena fair, tak boleh lah compare mukhriz dgn tun. setiap manusia berbeza.
utk saya kj dan khir toyo adalah menjadi punca kemarahan rakyat malaysia, kj seluruh malaysia dan khir toyo di selangor.mereka ini adalah antara penyebab umno dan bn kena teruk semasa PRU 12.kalau org mcm ni ada lagi lagi teruk kita akan kena PRU13 nanti.
mukhriz pulak tidak ada skandal dan mampu membawa pemuda ke tahap seterusnya dgn dapat menumpukan usaha mentransformasi pemuda dan juga umno secara amnya. sekiranya kt dan kj, mereka terpaksa membuang masa membela diri mereka yg penuh dgn skandal.

Anonymous said...

Siapa dia budak hingus meleleh nak jadi saya punya perdana menteri ni....so what if his father in law is the present PM, so what if he is an Oxford grad, so what that he had accumulated millions after squeezing most of the government business leaving us other contractors to fight it out for crumbs...sorry khairy no way u gonna be my PM...over my dead body....u are even fit to be a clerk for that matter...

Anonymous said...

colrosli

kalau tak suka mukhriz dan mahu associate dia dgn mahathir dan nama2 ahli korporat pun, tak akan sanggup pilih kj?

utk mengkaitkan mukhriz dgn rashid hussein, tajuddin ramli, halim saad, dll sungguh tidak adil. masa mereka bermaharajalela, dia hanya pegawai bank yg kemudian baru mula berniaga dgn bukak kilang.

dia masuk bidang yg tak langgar periok nasi orang lain dan masa tu tak ada orang melayu masuk pembuatan dlm optic cable. bidang yg dia masuk tak ada putarbelit korporat dan shortcut bank saudagar tetapi secara susah payah dari bawah. pejabat dia di opcom dalam kilang.

dia berniaga secara sendiri dan itu pun ditipu cina.kena start balik dari scratch dgn erickson. kalau nak kata dia ada kelebihan sebagai anak pm, tak adalah orang tipu anak pm.

kalau anda pilih kj kerana konon dia pandai, something is wrong with you, colonel. sia2 you ada kerjaya dalam askar. inilah masaalah orang kaki golf, jadi golongan orang lemah fikiran dan buat kesimpulan mudah.

apa erti cerdik sekiranya tak bermoral, angkuh, biadap, dan tak ada jiwa perjuangan dan rasa keprihatinan. khairy tak ada langsung roh dan semangat orang melayu, macam mana dia nak fikirkan langsung pasal orang melayu dan orang2 yg tak main golf.

politik khairy adalah politik membujur lalu melintang patah. peduli apa asal aku naik dan aku dapat kehendak aku. umno ada masaalah tetapi menjadi hancur dalam lima tahun kerana jari jemari khairy. itu col tak blh nafikan kerana kalau anda nafikan ia menunjukkan anda naif.

kalau u perwakilan pilih khir toyo pun tak apa. ini khairy? do your loud boastful talk at the golf course, you know nuts what happen!

Anonymous said...

Budak Tingkat 4 1/2

Col Roseli does not really support Khairy. He just is disgusted or sympathise with Khairy for being blamed solely for what has happen.
He can't deny that corruption is wrse ever under the current admin and it is compouned by the fact the current admin are poor economic manager and reckless adminitrator.

The point raised by Tingkat 4 1/2 on Mukhriz has some relevance. As a former analyst dan fund manager who followed closely the cable market, I hope Col Roseli could be precise and concise with his accusation.

Mukhriz is a genuine organic start from fairly scratch level businessman. When Opcom entered the market, he was the only local fibre optic supplier. Others cable players than were Universal Cable, Leader Cable, Furukawa dan one or two trading houses. Only later did MRCB with its Gunong Cable came into the picture but Gunong is saddled with a dishonest mgmt siphoning money till it bled dry.

Opcom entered and build the business from scratch in partnership with the technology developer one Taiwanese Professor. It later turned out to be, to say it politically correct, a disappointment. Opcom came back to do a tie up with Erickson and it work well till listing.

Mukhriz coudl have taken the easier way but he didn't. Was Mukhriz on the take? Well he was not in the authority. Did he receives some help by virtue of being a Bumi, yes he did. But he was than the only Bumi optic manufacturer and a genuine outfit. He receive the same as any Bumi businessman did. But it is hard to beivce that coz he was a Pm son.

But it is important that Mukhriz did not steal from others. And he was genuine and not some quick buck artist.

The question is why is Khairy trying to destroy Opcom out of sheer politics. He created bogus optic manufactureer out of two 23 and 24 years olds. ...

Save the details for some other time.

Anonymous said...

Sebenarnya hari ini UMNO sudah parah. Tak berubah-ubah dan lansung tidak ada kesedaran. Pemuda UMNO sudah hilang hala tuju.PRU12 telah berlalu dan kenapa undi protes rakyat terhadap kerajaan BN berlaku. Umum semua rakyat tahu kerana 3 perkara : PAK LAH, menantunya KJ dan kenaikan harga barang yang tidak dikawal menyebabkan rakyat susah.Inilah punca sebenarnya senario yang berlaku pada PRU12 baru-baru ini. Persoalannya... PAK LAH akan menyerahkan kuasa kepada Najib dan ketika ini telah membuat pertukaran jawatan Menteri Kewangan.Bagaimana dengan KJ, seharusnya bertanggung jawab diatas keputusan PRU12. Tapi masih berminat untuk memduduki Ketua Pemuda Malaysia. Andaikata KJ menang, maka sekali lagi kita akan terima nasib yang serupa pada PRU13.Rakyat tidak dapat terima KJ lagi tapi pemuda umno masih perlukan khidmat beliau. Nampaknya pemuda rela menerima kekalahan PRU13 daripada melepaskan KJ kerana ada agenda-agenda yang tersirat.Hari ini sekiranya setiap ahli UMNO tidak berani berubah, saya penuh yakin yang kuasa orang Melayu yang diterajui oleh UMNO akan hilang dan akan berakhir pada PRU13. Politik Wang tidak boleh diubati lagi dalam UMNO.Dari Cawangan ke bahagian dan ke pusat. Inilah permainan sebenarnya orang-orang atasan UMNO. Kadangkala pandai bercakap mengenai rasuah tetapi mereka sebenarnya petualang dalam UMNO. Sebenarnya politik wang dalam UMNO ibaratkan seperti seorang yang menghidap HIV dan sudah tak da obatnya.Hari ini sesiapa yang nak masuk UMNO sudah lari perjuangannya.Matlamat sudah menyeleweng untuk agama,bangsa dan negara. Oleh itu sedarlah wahai ahli-ahli UMNO, marilah kita tentang habis-habisan politik wang dan perwakilan pemuda dan bahagian yang menentukan segala-galanya.Jika tidak berlaku maka UMNO tidak akan relevan lagi di masa kan datang.Inilah hakikatnya yang terpaksa diterima oleh orang-orang Melayu yang selama ini memerlukan UMNO tapi dikhianati oleh pemimpin-pemimpin yang tamak, rakus dan haloba dalam perjuangan mereka.

Anonymous said...

i heard somebody told me that MM yg start main wang!

Anonymous said...

xder apa yg nak dibangga dgn mukriz. aku bukan nak cakap ape la. aku memang benci KJ.sebab dah banyak sangatn dengar citer meluat pasal KJ. Tapi mukriz aku kureng la sikit. Baru2 ni, aku ada menghantar SMS kpd dua2 Calon KP ini. Sebanyak 3 laki sms aku hantar untuk sebagai sokongan moral kepada mereka berdua. Dan aku pasti,mereka berdua tidak mengenali diri aku. Ternyata, dari segi watak, aku puji KJ. Dia tak sombong.Ketiga2 sms aku dibalas. Tidak seperti Mukriz yang sehingga kini tidak pernah membalas sms aku berikan. Padahal niat aku baik utk kedua2 bakal pemimpin KP.
Bagi aku, aku lebih rela berketuakan KJ daripada anak bekas PM yang sombong dan menggunakan LIDAH bapak sendri utk menokok dlm politik.
Nak bgtau kat sini? adakah mukriz rapat dgn akar umbi?siapa yg membantu akar umbi Pemuda. aku nampak KJ lebih banyak turun bawah. Mukriz sibuk dgn AMAN dia yg x AMAN-AMAN. Mukriz pengecut. Kalau berani, berdebat la dgn KJ dan Khir Toyo.Kitatengok siapa yang mempunyai MISI yg jelas utk membawa Pemuda ke hadapan.Aku x rela Mukriz menang. Aku rela lagi KJ. Sebab peranan KJ sebagai N.KP telah teruji.Oleh itu, mukriz tunggu dulu la. Sabar boleh? Andai kata TDM mangkat sebelum Mac nanti, kita tengok apa jadi kat Mukriz. Ibarat singa hilang taring la jawabnya.

Quantum Metal Consultant said...

Saya Mukhriz bin Mahathir calon Ketua Pemuda dengan ini mencadangkan supaya kita kembali ke tujuan asal penubuhan UMNO iaitu perjuangan untuk ugama dan bangsa, kurangkan berdebat, kuatkan bekerja.

Sila beri pandangan atas apa yang perlu saya buat dan tidak patut saya buat dalam memperjuangkan Islam dan Melayu dan tolong ingatkan saya pada mana mana kes dan peristiwa bukti menunjukkan saya membelakangkan ugama dan bangsa termasuk terlibat dalam politik wang.

Anonymous said...

saya dapat rasakan jika KJ jadi ketua pemuda sehingga PRU13, bn akan kehilangan 2 buah lagi negeri dan mungkin bn tewas terus. ini kerana dalam pru12, kekalahan bn adalah kerana khairy. saya sendiri tak mengundi bn sebab meluat pada dia. angkuh, sombong, cakap besar, tamak, biadap.

jimmy asmara

pistolair said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A Voice said...

Pistolair

Komentar adalah tempat untuk berbicang dan memberi komen, khususnya mengenai artikel yang diterbitkan, atau sekurang2nya subjek yang dibincangkan artikel.

Komentar bukan bermakna tiru dan tampal artikel luar sepenuhnya dan artikel yang anda tampal tidak berkait dgn tajuk pun.

Maka saya terpaksa buang artikel tersebut. Sesiapa ingin baca cari di blog Raksasa BN.

My Say