Friday, August 29, 2008

Dr Mahathir: "Saya sedia bantu pulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO"


Begitulah kata-kata Dr Mahathir, semasa menjawab soalan dalam sesi soal jawab dengan penuntut-penuntut UiTM dalam satu Majlis Ilmu Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM bertajuk "Dilemma Melayu dalam Ekonomi Malaysia" di Hotel UiTM pada hari Khamis semalam.

Dr Mahathir menyatakan demikian ketika menjawab permintaan dari seorang penuntut untuk dia kembali menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Sebagaimana biasa beliau akan menolak cadangan yang sudah acap kali ditanyakan dalam Majlis-Majlis.

Beliau menambah lagi dengan menyentuh mengenai kekalahan teruk UMNO di pilihanraya kecil Permatang Pauh pada hari Selasa Ogos 26hb baru-baru ini. Menurut beliau, kekalahan itu merupakan petunjuk jelas kehilangan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Mengulang kenyataannnya dalam sidang akhbar sehari sebelum itu yang tidak keluar dalam akhbar-akhbar perdana, Dr Mahathir menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pangkuan UMNO dan menjelajah seluruh negara untuk membantu memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Ini sedia dilakukan jika Abdullah diturunkan kerana kelemahan pentadbirannya adalah penyebab kehilangan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan telah membawa kerosakkan kepada parti dan negara.

Dalam mengulang desakannya, Dr Mahathir menyindir Abdullah untuk memahami erti malu yang sebenar untuk berundur dan bukan menyorok diam dan lari dari permasalahan.

Dalam Majlis tersebut, Dr Mahathir menyentuh mengenai dilemma dan permasaalahan untuk memajukan orang-orang Melayu.

Beliau menyentuh mengenai kelemahan sikap, budaya, dan etika kerja orang Melayu dan menekankan perlunya orang-orang Melayu menghayati sikap rajin, berusaha bersungguh-sungguh, dan amanah dalam meningkatkan diri masing-masing.

Dengan terus terang, beliau menyatakan peranan orang Cina dalam ekonomi perlu diperakui. Beliau meramalkan peniaga-peniaga Cina akan mengejar peluang-peluang yang begitu banyak di negara China.

Katanya, orang Melayu perlu bersedia segera untuk mengambilalih peranan orang Cina dalam ekonomi. Jika tidak, negara boleh menghadapai masaalah.

Majlis itu merupakan satu projek pengurusan acara oleh penuntut-penuntut Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Turut hadhir bersama adalah Tan Sri Sanusi Junid, Naib Chanselor UiTM, Prof Dato Seri Ibrahim Abu Syah, dan Presiden Alumni UiTM, Dato Ibrahim Ali.

4 comments:

EQUILIBRIUM said...

beliau tu bukan ahli ameno pun..mcm mana nak tolong ameno. cakap berdegar2..bagus masuk ameno...lawan paklah...menang kasi itu kursi sama najib. baru real

300 said...

Kalau Mahathir re-join UMNO, Anwar makan asap la jawabnya...
-Mahathir The Great-

Anonymous said...

Kalau kita asyik nak balik-balik mengharap kan dengan Tun, alamatnya tak maju-maju la orang lain. Asyik-asyik Tun je, kalau ada masalah sikit lari kepada Tun. Cuba kita guna otak kita sikit.
Kalau asyik nak mengharap, alamatnya ada sepuluh orang macam Tun pun dalam negara ni, kita tetap macam tu juga.

Anonymous said...

Uttana:
some people born as a leader,some people born as followers and some people born as a looser.
Tal ada masalah berharap kepada orang yang memang di lahirkan pemimpin jika berkebolehan kerana memang fitrah manusia berharap kepada pemimpin.
So uttana,be one..

My Say