Thursday, June 12, 2008

Khalid Ibrahim Menjawab Blog Ini

Tulisan blog saya berjodol Hubungan Rahsia Khalid Ibrahim Dan Lim Kim Hong bertarikh Jun 9hb, 2008 mendapat perhatian blogosphera setelah ditonjolkan oleh Rocky Bru pada Jun 10hb, 2008 dalam posting bertajuk Khalid Ibrahim's honeymoon nearly over.

Dari pendedahan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim telah ditanya dan menjawab dalam sidang akhbarnya semalam. Sinar Harian hari ini menulis intro posting itu dalam ruangan Dari Blog Ke Blog. The Star melaporkan jawapannya dengan caption berikut di dalam laporan muka N16:

>>> I didn't know that I had a secret relationship with him and to say that I do not know Datuk Lim Kim Hong is not true because I do know him <<

TAN SRI KHALID IBRAHIM
Disamping itu, liputan yang sama oleh The EdgeDaily dan Bernama.

Jurublog ini berterima kasih kepada Tan Sri dan akhbar-akhbar tersebut kerana sedia melayani Blog yang tidak bernama ini. Namun begitu, Tan Sri yang mungkin semasa itu belum membaca tulisan saya, masih tidak menjawab isu terakhir yang dikatakan.

Laporan penuh The Star seperti berikut:
Thursday June 12, 2008

Khalid: Allegations of graft unfounded

SHAH ALAM: Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said yesterday that an investigation by the Anti-Corruption Agency has cleared one of his senior aides of involvement in graft.

“The allegations of graft were unfounded,” Khalid told reporters after chairing the weekly exco meeting.

However, the officer in question will be asked to attend a seminar or course on integrity and responsibility so that he would be more careful when carrying out his duties in future, he added.

Khalid, who also met ACA officers for an hour after the exco meeting, thanked the agency for quickly initiating investigations after the allegations were made.

The top aide was questioned by the ACA for about four hours on Tuesday for allegedly being involved in approving contracts for cleaning and garbage collection in Petaling Jaya.

The investigations were initiated after several people claiming to be PKR members lodged a report against the officer last week alleging that there were irregularities in the approval of the contracts.

Khalid said he had met the ACA state director and suggested that an officer from the agency be assigned at the mentri besar’s office to carry out further investigations and study how administrative procedures are executed ethically and responsibly.

On another matter regarding a posting in a blog “Another brick in the wall” stating that Khalid’s “secret relationship” with I-Bhd chairman Datuk Lim Kim Hong was now in the open, Khalid said: “I didn’t know that I had a secret relationship with him and to say that I do not know Datuk Lim Kim Hong is not true because I do know him.”

He added that as a former businessman, he had met and befriended many other businessmen.

“I can give you a list and quite a lot of them come to my dinner parties,” said Khalid, adding that there was nothing wrong in having business friends provided that there was “proper conduct” in the relationship.

In Shah Alam, the Selangor ACA director Jaafar Mahad said the agency had completed its investigations into the case.

It is learnt that the ACA interviewed no fewer than seven people, including officers from the Petaling Jaya City Council as well as those from Alam Flora.
Jawapan Khalid menafikan ia ada hubungan rahsia dengan Datuk Lim Kim Hong, walaupun memperakui kenal baik dengan Lim.

Disamping itu, laporan beberapa akhbar hari ini melaporkan Khalid mengumumkan penyiasatan awal BPR terhadap pembantunya, yang nama disebut di blogosphera sebagai Yunos, mendapati tiada apa-apa kesalahan.

Jawapan Khalid meminta dibuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilih Kecekapan Akauntabiliti dan Ketelusan (SELCAT) adalah agak anih. Seorang Komentar bernama Lamandau berkata:
Yang menghairankan saya , kalau laporan polis telah dibuat, mengapa MB mengarahkan ke-empat2 ahli PKR yang membuat laporan polis mengadap Speaker sedangkan mereka yang membuat laporan 'have got nothing to do with the State Assembly'? Nak buat demage control kot!! Sekarang its up to the police or BPR to persue and lets see the fun. I'm sure the officer is not so stupid to falsifying the documents of MB!!
Suatu lagi yang anih adalah tindakan untuk menghantar pegawai tersebut ke seminar atau kursus berkenaan integriti dan tanggungjawab. Kalau tidak salah, mengapa perlu hantar?

Jurublog ini masih tetap berpendapat bahawa Khalid mempunyai hubungan yang special dengan Datuk Lim Kim Hong dan juga Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail. Akhbar-akhbar dan agensi berita tidak akan bertanyakan isu yang ditimbulkan oleh sebuah blog tidak bernama, jika tidak ada angin yang pernah menggoyangkan pokok itu.

Seseorang itu biasanya akan membuat keputusan dan melakukan tindakan berdasarkan pengalaman dan pendedahannya. maka peringatan saya, harimau bintang tidak mudah untuk membuang tompok, itu sangat relevan sekali.

Dalam keadaan yang terdesak seperti perlunya menyelesaikan hutang bank, manusia perlu melakukan apa-apa saja. Bagi manusia yang lemah, sejauh mana ia boleh bertahan kepada niilai dan moral. Tidak menghairankan timbul tompok-tompok lama.

Adakah Khalid menghadapi masaalah dengan bank? Sama-sama kita menunggu perkembangan terbaru.

Sementara itu, Khalid, bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Husam Musa kini berada di Dubai dan dilaporkan jurublog Fudzail akan berucap di rumahnya malam ini.


3 comments:

Anonymous said...

Sungguh indah bulan purnama,
Singgah beradu di tepi jalan;
Perjuangan tuan nampak bermakna,
Adakah berbaloi jika ditahan?

Admin said...

Salam,

Terima kasih.

Anonymous said...

Sementara itu, Khalid, bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Husam Musa kini berada di Dubai.....?????

My Say