Monday, April 21, 2008

Pak Lah Bertembung Dengan Raja-Raja Melayu?


Fasa Mahathir Bashing II kali ini telah menyentuh isu lama melibatkan penghakiman. Kini ia sudah masuk babak isu pengharaman UMNO. Adakah ia akan mengundur kepada masa krisis perlembagaan dengan Raja-Raja Melayu atau menjadi suatu pertembungan pula?

Nampaknya, "pemaafan" kepada kehakiman boleh menjadi pencetus? Harap tidak kerana ia bukan sesuatu yang bijak.

Bagaikan seolah-olah menjawab pendedahan bloger ini bahawa Pak Lah adalah perancang pengharaman UMNO, seorang dari 11 orang ahli UMNO membuat pendedahan yang mereka tiada niat untuk mengharamkan UMNO. Peguam cabuk mana diguna hingga tidak tahu boleh menjangka impak tindakan mereka?

Selain nama yang telah disebut – Pak Lah, Marina Yusof, Radzi, dan Zawawi, Rais Yatim pun diberitahu turut serta dlam mesyuarat perancangan pertama yang di hos Pak lah di Bangsar. Padan Rais menyatakan keyakinan Pak Lah boleh lepas dari tekanan untuk mengundur diri.

Dari maklumat yang diterima, Abdul Rahim yang membuat kenyataan adalah seorang ahli dari UMNO Bahagian Telok Kemang. Bahagiannya tidak menghadapai masaalah keahlian dan perwakilan haram, tetapi ia kehadapan atas haknya sebagai ahli UMNO.

Namun, adakah ia benar-benar mewakili kumpulan 11? Mengapa semasa ia memberi sidang akhbar, hanya dirinya seorang saja?

Bloger ini telah menerangkan secara ringkas tanpa cuba menjawab dari baris ke baris buku May Day for Justice bahawa masaalah kehakiman ini juga kesalahan para pengamal kehakiman juga.

In diakui oleh George Seah dalam tulisannya. Tun Salleh meletakkan akar umbi kepada keputusan hakim membenarkan dua wartawan asing menyambung permit kerja.

Disamping itu, bloger ini juga menyatakan bahawa punca masaalah kehakiman dan eksekutif adalah hakim-hakim tertentu yang menceroboh masuk ke dalam ruang kuasa eksekutif dan melibatkan perkara keselamatan.

Nampak gaya macam sudah ada bayangan seolah-olah Mahathir Bashing II akan dibawa ke ruang kuasa raja-raja. Semalam Huzir Sulaiman, seorang kolumnis dan pembuat filem berketuruan India Muslim, menulis mengenai isu Raja-Raja Melayu semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Jangan mudah lupa bahawa kehendak Pak Lah untuk melantik beberapa calunnya untuk menjadi Menteri Besar di Johor, Perlis, dan Terengganu telah digagalkan oleh Raja-Raja Melayu. Pasar politik berjenaka berkata BN kalah 5 + 1 negeri tetapi Pak Lah kalah di 5 + 1 + 3 negeri.

Semasa isu ini sedang bergolak di Terengganu, Pak Lah ada tersebut keadaan yang dihadapi adalah krisis perlembagaan tetapi disangkal oleh Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dr Mahathir mengusik memanggilnya sebagai DYMM Sultan Abdullah Shah.

Selepas pengunduran Idris Jusoh, Zaid Ibrahim ada berkata perlunya Enakmen Negeri dikajisemula. Mungkin yang berkata adalah Pak Lah atau Tingkat 4. Bagaimana pun, Lim Kit Siang pula ada menyebut perkara yang hampir serupa semasa kemelut perlantikan Menteri Besar Perak.

Di akhir sesi soal jawab Forum MyKMU di Hotel Singgahsana, seorang hadirin telah memberitahu majlis akan satu perjumpaan di Singapura untuk menutup “loophole” ruang kuasa raja-raja ini dalam Enakmen Negeri. Ramai meneka kemungkinan ia melibatkan DAP dan faction Pak Lah, mungkin sekali Khairy. Ini tidak dapat dipastikan.

Seekor little bird memberitahu bloger ini pula sebuah firma konsultan antarabangsa bernama dan besar telah dilantik untuk membuat kajian komprehensif akan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri. Samada perlantikan ini diperantarakan oleh Ethos Consulting, ia tidak dapat disebut.

Sepanjang pagi lepas subuh, bloger ini diigau persoalan. Adakah “pemaafan” yang dibuat oleh Pak Lah bagi pihak kerajaan kepada Tun Salleh mendapat restu atau kerelaan dari Tuanku Sultan Johor?

Usah dilupa bahawa penyingkiran Tun Salleh Abas pada tahun 1988 bertitik tolak dari surat yang ditulis oleh Tun Salleh kepada Tuanku Sultan Johor yang merupakan Agong semasa itu. Ada sumber mengatakan ada dua surat dan bukan satu seperti yang diketahui ramai.

Secara teknikal, Tun Salleh telah disingkir oleh Agong Sultan Johor setelah Tribunal membuat keputusan dan mencadangkan kepadanya.

Maka, mungkin Rais Yatim perlu ditimbang semula kenyataan keyakinan.

Jika ada pertembungan dengan Raja-Raja Melayu, susah Pak lah hendak menang. Rakyat berdiri teguh di belakang Raja-Raja, sejak perarakan Gelombang Kuning pada November tahun lepas.

Lah Badawi terjun dengan labu labinya!
Biarkan!
Biarkan!
Dengar-dengar perjumpaan di Johor Baru awal bulan depan menarik.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

MENGADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL.

AMPUN TUANKU,

PATEK INGIN MERAFAK SEMBAH MAKLUM BAHAWA MEMANDA PERDANA MENTERI MALAYSIA TELAH MELAKUKAN 'CONTEMPT OF COURT' DENGAN MEMBELAKANGI KEPUTUSAN TRIBUNAL DIRAJA YANG TELAH MENESIHATI KEBAWAH DYMM UNTUK MEMECAT TUN SALLEH ABAS.

OLIH ITU PATEK SEKALI LAGI MERAFAK SEMBAH AGAR PERKARA INI DI BAWA DALAM MESYUARAT RAJA2.

AMPUN TUANKU.

My Say