Wednesday, April 30, 2008

Media Perdana Masih Kaki Putar

Ku Li Membalas Larangan EGM UMNO oleh Abdullah


Bernama melaporkan perbincangan di Parlimen mengenai peranan media, "Media diminta atasi salah faham rakyat terhadap kerajaan".

Namun, kenyataan balas Tengku Razaleigh berkenaan larangan EGM oleh Abdullah diputarbelit sedikit oleh Utusan Malaysia. Dengan tajuk "EGM UMNO elak cara salah bersuara", ia seolah-olah mengatakan bersuara dalam UMNO itu ada cara-cara tertentu yang dijelaskan dalam Perlembagaan. Ini tidak betul kerana Perlembagaan memperakui hak ahli untuk bersuara.

Laporan Bernama.com berikut nampak lebih tepat dalam penyampaiannya:

29 April, 2008 16:32 PM

Perlembagaan Umno Benarkan EGM, Kata Ku Li

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Perlembagaan Umno membenarkan bahagian-bahagian parti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM), kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

"Perlembagaan parti membenarkannya. Saya bukan kata ia bertentangan dengan semangat (parti) tetapi jika mahu mengadakan mesyuarat agung, tiada yang dapat menghalangnya. Ia dibenarkan oleh perlembagaan.

"Tetapi sama ada mereka boleh mendapatkan sebanyak mana (bahagian) untuk mengadakan mesyuarat serupa supaya mereka dapat mengadakan perhimpunan agung luar biasa, itu merupakan perkara berbeza," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian sidang pertama Parlimen ke-12 di sini hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga anggota Parlimen Gua Musang, mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam supaya semua bahagian parti berhenti mengadakan EGM untuk membincangkan masalah parti dan menggesa pemimpin meletak jawatan.

Tengku Razaleigh berkata ini akan hanya menggalakkan akar umbi menyuarakan pendapat mereka secara tidak mengikut undang-undang. "Pemimpin menggesa anggota parti berjumpa mereka. Kenapa mereka tidak menggalakkan mereka mengadakan mesyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan perlembagaan parti," katanya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Abdullah berkata daripada mengadakan mesyuarat bagi mendesak peralihan kuasa sebelum pemilihan parti Disember ini, anggota Umno sepatutnya menumpukan kepada perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Lagipun, beliau berkata pucuk pimpinan sudah menerima dan memahami kehendak akar umbi.

Tengku Razaleigh berkata kurangnya mesyuarat dan perundingan akan hanya melemahkan parti.

"Perasaan rakyat tidak dapat dikawal. Jika mahu menjadi stereotaip, dengan itu hanya perlu menulis semuanya dalam sekeping kertas untuk mereka ikuti, ulangi apa yang kita mahu mereka katakan. Tetapi ini sebuah negara merdeka dan semua orang berhak menyuarakan apa yang mereka mahu katakan. Sama ada apa yang mereka katakan itu betul atau tidak, biar rakyat menentukannya," katanya.

Ditanya sama ada banyak bahagian merancang untuk mengadakan EGM, Tengku Razaleigh berkata terdapat mereka yang telah bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat itu.

Bekas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad memberitahu Bernama bahawa mengadakan EGM pada masa ini hanya membazirkan masa kerana perhimpunan agung parti akan diadakan pada Disember.

"Tidak banyak masa yang ada untuk mengadakannya (EGM). Jika mereka mahu lakukan, misalnya, mencadangkan usul untuk memansuhkan sistem kuota, mereka perlukan separuh daripada jumlah bahagian untuk mengadakan EGM. Hanya selepas itu baru boleh mengadakan mesyuarat agung luar biasa.

"Tetapi mesyuarat peringkat cawangan akan bermula tidak lama lagi, pada Julai, jadi tidak ada cukup masa untuk mengadakannya, walaupun ia dibenarkan oleh perlembagaan," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga tidak bersetuju dengan gesaan Presiden Umno supaya bahagian parti tidak lagi mengadakan EGM kerana ia merupakan hak anggota parti.

"Saya ingat tidak sesuai untuk Presiden menyatakan EGM tidak diperlukan kerana ini hak ahli di peringkat bahagian untuk memutuskan sama ada EGM itu diperlukan atau tidak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Mukhriz berkata, jika ada bahagian yang mahu terus mengadakan EGM, mereka tidak patut dihalang.

Katanya beliau berharap ketua-ketua cawangan Umno diberi peluang untuk meluahkan perasaan masing-masing melalui sesi soal jawab pada perjumpaan dengan presiden parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Kalau mereka datang dari seluruh negara berjumpa dengan presiden tetapi jika tidak diberi peluang untuk bercakap, maka saya ingat itu tidak bermakna. Biarlah mereka menyampaikan maklumat dan isi hati mereka secara langsung kepada presiden," katanya. -- BERNAMA

Baik sekali disorot kembali kepada syarahan Ku Li di EGM UMNO Bahagian Gua Musang baru-baru ini.

Masaalah utama dan cadangan untuk UMNO telah digariskan kepada tiga perkara - kemusnahan demokrasi dalam UMNO, dasar dan visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO.

Nampaknya bagaikan mencurah air ke daun keladi. Betul-betul macam tahun lepas sebelum PRU12. Kesalahan sama masih diulang. Berpolitik berlebih-lebihan hingga lari dari tanggungjawab dan urusan.

Undur sajalah sebelum terlambat untuk UMNO dibaikpulih nanti. Jangan kata kami tidak beritahu kali ini.

10 comments:

farzain said...

Dear blogger, as of now, the rational of the move is to restore the people's confidence for the government. And this might be a way to do so. For as long as the whole point is decided for the benefit of we people of malaysia, I dont see it as such a big problem...

Saying that, it doesn't mean malaysiakini.com is doing so much to help instill belief that all this can work after the political tsunami. So there has to be a balance, and that is (maybe) what the decision is about. MY OPINION.

Anonymous said...

The issue is that there must be a balance in the writing on the medias. The medias must decide and provide a decent space for people to think for themselves, rather than follow what is being said by the government. We public have the right to know about everything that is happening.

phillix-starscreamer said...

kalau nak cakap macam itu saya rasa tidak adil. if we're saying mainstream media is biased, then it's not the only form of biased media. how much space in harakah, rocket and berita keadilan is given to the government?

A Voice said...

Farzain - Why need to restore?

Did we not got the clear message frm the people and party members that they reject the party leadership? Pak Lah is not an indispensible leader. No leaders is, including Dr Mahathir!

We have no time to, I quote you, "this might be a way to do so". In stable environmnt, leadersip together with the strategy and structure is important to turn around organisation. Under crisis, it is more critical.

What is it that Pak Lah have that all of other leaders do not have? He doesn;t have the aptitude, attitude and ability to lead under current situation. In my book he wreck the country!

Do we sacrifice the party just for one person?!

Anon - Thanks for the reminder.

Phillips - Do update yourself from that old recycled propaganda.

Those are party papers and not mainstream media. WHat do you expect them to do? Sokong Pak Lah?

MSM has to be more professional and balanced in their reporting. In the past, MSM have a certain preference for Government news and pro Government opinion pieces becasue that is the major source of news.

The opposition were uninteresting then. However, news are reported as it is without manipulation and spinning.

Problem is the MSM now is not even pro Government. It has unfairly attacked Khir Toyo so vigorously that it is a major soure of image problem for Khir Toyo that we lost Selangor!

MSM is clearly under Kalimullah and scrutinous monitoring by Kamal Khalid is to make Pak Lah to be bigger than what he is not and preserve the "first family" interest. It has backfired and cause the election!

This piece highlight the fact that though it seems to are opening up, MSM is bias and manipulative on UMNO news.

Isn't it ironic that we could be open for the opposition and special interest group but not for our own party democratic revival?

I hope you see my point of view. Hope to continue to hear from you.

farzain said...

there are many other reasons for BN's loss in the GE, and blaming solely Pak Lah for it is unfair. Enemies of UMNO come from within and the best he can do right now is to rectify the problem. Pak Lah is not the reason for EVERYTHING. He is taking responsibility right now, and for having so many people blaming him for every single thing in the world, how the hell can we make it work?

Let's start anew, the reasons being thrown that Pak Lah is an incompetent leader is just some people's personal opinion. But don't forget there also those who think he is a good leader.

Anonymous said...

Farzain - You are partly right to say that he is not the cause of every problem.

Still all roads lead to tingkat 5 JPM, family and circle of Tingkat 4 JPM. Remember that a fish rotten from the head.

Fazrzain said Pak Lah is attempting something? Thats news. Why are the tingkat 4 boys still around?

Could Farzain explain why names like Zaid Ibrahim, Mat Taib, Ismail Sobri, Syed Hamid, Nazri, Azalina, etc. are on the cabinet?

Define the segment of people who thinks he is a great leader?

Anonymous said...

I agree with Farzain. Even though BN has lost 5 states, still majority of rakyat choose BN which means choose Pak lah. They choose him democratically and that shows the rakyat confident.

Like Phillix said, I also read the oppositions media either in the internet or in newspaper they are biased too. Like nothing is good done by BN?

A Voice said...

Farzain - Great Generals lost war because they refuse to listen to bad news. Pak Lah's incompetence is mere personal opinion? Hmmm ... what is so great about him, if I could lend my ears.

Lelah Pak Lah - I said the same thing but some feel it is mere personal opinion. Lets hear them out, maybe they know better.

Faizal Mahyuddin - Are you aware that BN has a sub-50% popular vote in Semenanjung? It is slightly above 50% nationally with the help of Sabah and Sarawak.

With much talk (there is actually such talk mind you) of Sabah and Sarawak doing party-jumping, the above 50% national figure could be artificial.

I have not gone through the play-by-play statistics at state, parliment, adun, peti undi, and saluran.

Did you say vote for BN = vote and confidence for Pak Lah?

The readers here needs a more convincing argument than regurgitating simple minded ole propaganda. You guys not in the same team are you?

I don't mind really. But do take a read at my past posting on the assessment of the GE.

I welcome a factually strong and better argued counter opinion.

farzain said...

a voice,

I am not a political analyst, therefore whatever i say i know other people who oppose of pak lah will counter it better than i will. I accept that.

I just hope there's a shining hope for malaysian politics and that is where people remain to stay united and start believing that we can achieve political stability if we just back our leaders up.

Call me a positivist if you will, but with simple minded people like me, i tend not to be over analytical.

D_Dollah said...

Bagus! Adakah kita sekelian baru sedar peranan MSM yang pro Kerajaan? Mana-mana kerajaan di dunia ini berbuat demikian. Jadi, seeloknya kita semua berusaha cari media alternatif untuk seimbangkan berita yang terpacul dari MSM.

Nak mudah lagi, buka internet. Jangan beli suratkhabar. Baca berita online sahaja. Mudah kan?

My Say